Halaman

Minyak hitam motor kering


Masalah minyak hitam motor kering 


Masalah minyak hitam kering antara masalah kerosakan motor paling banyak mendatangi pomen di bengkel motor.Selalunya masalah ini kita kesan masa tukar minyak hitam.Sintom awal minyak hitam berkurangan setelah diperiksa_cek minyak hitam.



Kesan minyak hitam kering akan memberi kerosakan yang serius pada enjin motor.Kompenon-kompenon enjin << seperti piston,crankshaft,camshaft,clucth semua akan rosak dan enjin perlu dibuat overhaul.


Punca minyak hitam kering disebabkan beberapa perkara berkaitan antaranya ialah

-kebocoran oil seal

-kebocoran gasket

-kebocoran seal injap pembakaran dalam

-  Seperti valve minyak dan valve dan  Valve ekzos untuk motosikal
  4 stroke sahaja.

-Haus pada silender/blok atau biasa  Orang sebut blok longgar

-Gegelang Omboh(piston ring) rosak

Gambar contoh minyak hitam leaking
Contoh enjin leaking yang kritikal

Minyak enjin berkurangan


Oil seal atau getah penebat sering di lihat pada shaft gear atau shaft starting dan beberapa tempat lagi boleh ditukar ganti dari luar.



Gasket ialah kertas atau logam nipis yang dibuat untuk menutup belahan pada enjin untuk mengelakan kebocoran minyak hitam/pelincir enjin.kebocoran akan menyebabkan minyak enjin berkurangan dan kelamaan mengering.

kawasan yang bocor ialah pada head block,clutch dan jarang sekali pada bahagian tengah enjin yang perlu kerja Overhaul enjin untuk menukar ganti gasket itu.kesan-kesan gasket bocor boleh dilihat sering ada tompokan minyak di tempat parking.

Valve ialah barangan dalaman enjin terletak pada bahagian head cylinder.Pada tiang valve terdapat Valve Seal untuk melindungi pelincir masuk ke kebuk pembakaran.Sedikit demi sedikit minyak akan berkurangan jika ia berlaku.

Sama seperti valve ,minyak lolos melalui celahan ring piston juga penyebab minyak kering secara cepat jika kehausan teruk pada Ring atau dinding cylinder block kerana minyak pelincir mulai masuk ke kebuk.Tukar ganti perlu melalui proses Top Overhaul.

Kesan minyak hitam kering pada enjin


 Ok,ni update sikit ni,saya mahu tunjukan kesan minyak hitam kering pada enjin motosikal 4 stroke.Enjin motor ini terpaksa dibuka(overhaul) setelah mengalami "jem rod".
  Jem rod maknanya Connecting Rod pada Crankshaft tidak dapat berfungsi lagi,jadi kaku dan bila ini terjadi penyetat kaki jadi keras tak boleh start.kejadian ini mirip seperti "jem block",..penyetat keras.

Gambar rod jem
Connecting Rod


 Kejadian ini jika dilihat lebih mendalam ialah disebabkan tiada aliran minyak hitam di dalam ruangan bearing rod dan bush rod.Ini akan menyebabkan bearing bergesel dengan kasar pada bush.Lama-kelamaan menyebabkan sarang bola bearing pecah.

Baca lagi: penyebab lain minyak kering 

Seperti yang disarankan kepada semua pengguna motor iaitu sentiasa periksa minyak hitam cek minyak hitam sebelum memulakan perjalanan.Jika minyak  berkurangan perlulah dibuat pemeriksaan lanjut.Adapun minyak hitam sedikit kurang adalah normal bagi sesebuah enjin motor.Bocor minyak hitam perkara utama punca minyak kering.


Cakap pomen; 'cek minyak hitam sebelum jalan'
sponsored links
Selamat datang ke blog peribadi saya khusus untuk anda yang minat belajar mekanik motosikal,belajar mekanik secara online.Belajar asas mekanik motor dari mula melalui pemahaman mudah..terus ke sini untuk bermula..

113 ulasan:

  1. Bos, nak tanya masa motor running in, bawak melebihi 80km/h boleh buat minyak hitam vaporized ke? Jadi kering?

    Saya baru angkat gt128, odometer baru 700km, check minyak hitam dah tak sampai takuk dia. Perasan minyak meleleh keluar takuk tu masa enjin panas.

    Orang kedai motor kata bawak jangan lebih 90km/j, saya bawak 70km/j average kat highway.

    Wan Taramera

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam wan..
      Dari keterangan wan,saya fikir motor tu takda masalah,normal kecuali sedikit bocor.Cuba ketatkan penutup tu.Jika masih bermasalah gantikan "o"ring baru.

      Di sarankan running in walaupun motor keluaran baru sudah sedia untuk diperah minyak.Kecuali overhaul.

      Padam
    2. Salam mad malaysia

      Betul jugak, penutup tak berapa ketat untuk motor baru. Masa enjin panas, besi mengembang.

      Padam
  2. Nk tanya geng, kalau kena overhaul agak2 bajet berapa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya kalau motor ex5 adalah antara rm 400 keatas.tapi yang paling kita risau ialah kualiti sparepart ganti..,jadi sayangilah enjin asal motor kita..

      Padam
  3. Salam. Saya guna motor nimota ck9. Masalah saya enjin baru lagi overhaul dlm 2 bln. Tapi myyk itam cepat kering. Guna castrol GT gold 10-40w.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.masalah minyak kering cepat selepas overhaul biasanya ada kompenon berkenaan tidak berfungsi dgn baik,bukan jenis minyak hitam mnjadi punca..ekzos berasap tanda motor 'makan minyak hitam'..

      Padam
  4. Saya baru beli 125zr baru. Sebulan dah keluar. Lpastukan ada leaking. Kat tempat minyak hitam tu. Kenapa ea?

    BalasPadam
  5. Saya baru beli 125zr baru. Sebulan dah keluar. Lpastukan ada leaking. Kat tempat minyak hitam tu. Kenapa ea?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maksudnya pada skru buang minyak hitam atau pada dipstik.kalau pada skru pastikan skru ketat jika masih berlarutan gantikan sealing washer'.

      Pada dipstik gantikan 'O' ring..

      Slmt mencuba!

      Padam
  6. Salam, nk tnye, sy guna lc135 n tukar minyak engin dlm 3000km...persoalan skrg, mase sy tukar minyak slps hampir 3000km perjalanan, minyak hitam itu berkurang... Adelah itu perkare biase ataupun engin bermasalah.. Motor bru beli 2015

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam

      Sikit2 kurang tu perkara biasa bang.

      3000km utk motor 4t says rasa dah cukup jauh LA tu dalam 3 Kali ulang alik trgganu-kl..

      Says syorkn tukar 1000km sekali

      Padam
  7. Salam. Saya nak tanya...
    Honda wave dx kalau diservis berapa kali ya sebulan? Sebab lepas guna Jtx1000,ingat "maintain"..smp la minyk cepat kering,bergeser gak.. Tukar minyak pelincir Shell,masih lagi kua bunyi yg sama...
    Skrg ni abg ipar hntr moto saya ke bengkel untuk dibuat overhaul.
    Ngeri nk ckp.. Mmg kos ratusan rgit ke? Bukan sbb "leaking" tau..tu tahun lepas..
    Kalau bab minyk rntai kering saya boleh bubuh lagi...mmm...
    Nak kena jaga moto lebih baik pas ni

    BalasPadam
  8. Salam.

    Kalau motor guna utk ulang alik kerja tukar ja sebulan sekali.dulu saya pernah pakai motor kriss 110 dari baru kuar kedai sampailah 3 tahun tak pernah bukak enjin.bukan setakat pakai GI kerja tapi siap wat lumba lagi,enjin masih lagi smooth smpai LA 3 tahun baru buka enjin.tu pun bukan pasal rosak atau minyak kering ke APA tapi saja gatal tgn nk buka enjin.resipinya gitu ja tukar minyak 4t sebulan sekali ngn filter sekali.

    Tapi tak tahu la motor zmn skrg cepat beno rosaknya.tambahan pula tak jaga minyak hitam.

    Motor awk tu kena overhaul sebab dah enjin dah jem.kalau sebelum jem awak sedar minyak kering,cara baikinya ialah dgn buat top overhaul saja tak perlu buka semua.

    OK mcmtu la kena jaga minyak hitam kalau tak nk buang duit.cek minyak seminggu sekali atau kalau rajin 2,3 hari sekali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul...saya pun pernah pakai modenas 1st version dulu...tahan lasak

      Padam
  9. salam... minyak hitam keluar kat exzos n kuaq asap putih kenapa erk...n berpa budjet nak repair plsss

    BalasPadam
  10. W'salam

    Minyak hitam keluar ikut ekzos dah kira serius problem ni..baik cik antar bengkel cepat cepat.

    Harga buat ni saya anggar kurang $250

    BalasPadam
  11. As salam..

    Nak tnya,motor lc sy thn 2009.smlm tkr minyak hitam,pomen ckp ada kurang ckit..ada dlm tinggal 700ml..agknya apa masalah tu ye?motor dlm sebulan bwk dlm 1000km...sblm ni xda kena mcm tu..pomen kata valve dgn piston masalah...btl ke?
    Harap dpt membantu...terima kasih..

    BalasPadam
  12. W'salam

    Minyak kering sikit-sikit perkara biasa.Mungkin sebelum ni pomen isi kurang.Lc pakai 800ml saja minyak hitam.

    Kalau motor tak berasap jangan risau maknanya tak ada kerosakkan pada valve atau piston..

    BalasPadam
  13. Oh..mcm tu rupanya bos...tp sy tiap kali servis akan isi 1L sbb hari2 jalan dlm 40km..jd normal ke bos klau minyak hitam isi 1L akan kurang ckit tinggal dlm 700ml mcm tu?sbb smlm pomen ada ckp kne tkr block la,piston la,valve la..sy mmg tak pndai hal2 mcm ni bos..harap sgt bos dpt membantu..tkt org ambil kesempatan sbb sy tak fhm hal2 mcm ni..terima kasih byk ya...

    BalasPadam
  14. Mungkin pomen tu nampak apa yang berlaku dan betul apa dia cakap.

    Kalau 300ml kurang dah dah tu bos.

    Sebelum tu cuba tukar jenis minyak hitam dalam sebulan tengok ada perbezaan ke tak..

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum,

    Nk tnye klu minyak hitam kluar dri valve dan kluar dri tempat penutup valve..bole sy taw ap puncanya

    BalasPadam
  16. W'salam.

    Biasanya minyak hitam keluar melalui penutup valve adalah disebabkan kerosakkan getah O ring.

    Encik boleh cuba ketatkan penutup valve tu dulu jika tak berhasil perlulah dibuka penutup tu dan gantikan
    O-ring.

    BalasPadam
  17. Assakamualaikum bos. Mntk tlg ,nk tnya sya naek naik honda wave 125 (firstfirst model) .masaalah sayasaya ,motor bru tiga mnggu sja overhaull.tpi lepas 3 mnggu tu ,mnyak hitam(enjin) kerap kluar time sya tngatngah bawak dn parking ,tpi dya xkluar dekat nut buang mnyk ,msa tngh bawak kluar mrecik tepitepi kaki ,skaran moto berasap dlm enjin ,motor x berasap pon,dn enko start jdi keras ,lpstu sya dkt kdai .pomen tu bkk dyadya kta piston calar dn batang dya tu longgar .

    Jdi pointnya skrg ,sya perlu potong block atau tukar lain piston ? sbb block sya prnh potong dh skali ,ada kwn sya kta block klau potong dua kli ,alamat motor mmg xdakxdak hrapan(akan kerap rosak) .

    Sya mrayu kpd budi baik smua ,untuk tips dn lngkah prlu dbuat ,sbb sya mmg sygkan motor tu ,rmai org mntk bli motor wave 125(first model) tu ,ada yg snggup letak harga 4k ,sbb motor tu susah dicari skrg ,dn bnyk lgi klebihan dya ,hehehe ..mntk maaf yer ,sbb pnjng sgt karangan ni ,sbb sya mmg sgt2 syg motor tuu ,

    Jasa nsihat korang smua amat sya hargai ,dn mudahan tuhan mmbalas jasa smua dgn gnjaran yg besar ,krana motor tu sya guna kerja yg baik dn bkn untuk krja yg buruk .

    Terima kasih semua :)

    BalasPadam
  18. W'salam

    Baik,pertama sekali terima kasih kpd iwan kerana tampil dan memberi ulasan yang baik untuk tatapan umum.Hehe..lagi panjang ulasan lagi bagus..

    Masalah minyak hitam bocor selepas overhaul disebabkan cara pemasangan enjin itu sendiri.Patutnya en iwan adukan kepada mekanik yang buat tu..tak perlu tambahan duit lagi rasanya.

    Piston calar bermakna juga dinding selinder blok pun calar maka jika berlaku perlulah potong blok(rebore saiz) dan tukar piston baru.

    Tak ada masalah rebore blok beberapa saiz lagi kalau diset dengan sempurna.harap mekanik
    Buat talaan balik selepas rebore,karburator dan sebagainya..

    Motor nak tahan jaga minyak hitam dan tunggang dengan cermat.wassalam.

    BalasPadam
  19. Salam..klu minyak hitam motor kurang boleh ke hanya top up tapi dengan brand dan kepekatan yang sama la?

    BalasPadam
  20. Silakan..janji minyak tak lama sangat

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum .. Sye nak tanya .. Sye pakai honda future .. Sebelum ni motor tu okay .. Baru dlm 2mnggu cuma topup minyak hitam je .. Lepas pada tu ,ekzos keluar asap putih . Motor pun semput2 . Terus tak hidup . Kalau enjin panas , lagi lah . Terus mati .. Kenapa ye?

    BalasPadam
  22. LC sy minyak itam kering sampai Ada bunyi mcm timing chain..Asalny perlahan,bila sy perasan minyak itam kurang(mgkn hampir tiada) bunyi tu semakin kuat Dan sy pn xberani bawa laju..Soalan sy ialah,klalu kita top up sampai penuh semula..Bunyi tu blh hilang ke Bo's? Atau mcm no kena overhaul agak2? Adoiii...Bantu sy boss

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum

    Jawapan untuk komentar pertama; Honda future minyak hitam lebih sangat ka? Sila cek dulu sebelum hantar repair.

    Komentar kedua;memang macam tu kalau minyak kurang dari paras yang ditetapkan akan mendatangkan bunyi bising..cek guna dipstik .

    Buang minyak lama dan gantikan baru lihat perkembangan selepas itu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau lepas sebulan masih ada bunyi bising tu jugk apa perlu buat ye tuan?

      Padam
    2. Kalau nak enjin senyap balik kena tukar la barang rosak tu..kemungkinan bearing yang bunyi

      Padam
  24. Salam bos, motor ex5 sy dh dkt 9 tahun.. Masalah skrg ni xtau kenapa oil seal dkt sebelah gear shift tu dia bocor..taun lps 2x bocor..skali tkr gasket..tapi masih bocor utk kali ke 3 tahun ni..sjk bln 4 lagi..x nafikan sy jalan jauh kdg2 85km pegi balik..dah 170km shari...adakah punca minyak hitam x sesuai? Atau getah oil seal tu x berkualiti? Jika oil seal brand apakah yg berkualiti? Terima kasih.

    BalasPadam
  25. Walaikumsalam.

    Itulah dia masalah kualiti part sekarang ni memang teruk,semua main buat barang lebih kurang ja.Oil seal kalau tak dapat cari yang betul original boleh pakai brand apple.

    Ada setengah pihak klaim punca oil seal bocor,enjin leaking juga disebabkan minyak terlalu tajam seperti minyak sintetik umpamanya..

    BalasPadam
  26. Salam. Saya nk tanya. Kalau exzos keluar asap memang ada masalah dgn minyak hitam atau ada masalah dgn enjin.saya bawak demak dtm150. Haritu saya bawak pi bengkel. Saya tunjuk kat area pipping ekzos sbb selalu dia kluar asap kat situ. Lpastu pomen ckp penutup utk tutup minyak hitam terbukak so dia tutup balik. Then saya bawak mcm biasa bawak takde berasap da. But tetiba waktu saya nk bawak ke shah alam esok hari, ada asap kat ekzos. Pomen tu org myanmmar rasanya sbb saya ckp ape pun dia mcm tak clear sgt. Dia ada ckp minyak hitam low. Then bila kat highway, motor rasa mcm nk mati atas highway but still boleh jalan.adakah ini sbb minyak hitam yg rendah atau masalah enjin?

    BalasPadam
  27. W'salam.

    First Cuba cek sendiri minyak hitam tu,pastikan minyak cecah dipstik.
    Minyak hitam kurang pun boleh buat motor jadi berat.

    Masalah motor 4 stroke ekzos berasap mesti ada kerosakkan seperti yang telah terengkan pada tulisan diatas.apa pun jika asap hanya keluar seketika semasa enjin sejuk normal berlaku pada sesetengah jenis motor contohnya Yamaha lagenda..jika berlarutan setelah enjin panas maka iainya pasti enjin bermasalah.

    Pada motor en saya nampak memang bermasalah kerana 2 faktor yang en terangkan itu

    1.ekzos berasap
    2.minyak hitam kurang

    Jadi apa perlu buat pastinya top overhaul

    OK di harap penerangan saya dapat membantu en sedikit sebanyak..

    BalasPadam
  28. Ouh begitu, agak2 kalau top overhaul berapa ye anggaran?

    BalasPadam
  29. SALAM TUAN. SY PNYA LC 135 VERSI FIRST EDITION.TOP SPEED & MINYAK MASIH TERBAIK. TAPI MASALAHNYA MINYAK HITAM SELALU KURANG. TAPI X DE PLAK LEAKING. ASAP PN X DE KUAR HITAM. PE JLN PNYELESAIAN YE? STKT NI SY ASYIK TMBH JE BILE NK BRJLN.

    BalasPadam
  30. aslm.. sy pengguna suzuki fx110 keluaran thun 2000.. da lama pakai..mnggu lalu ok pakai.. tp lepas tukar klac lining.. pasang blik.. masukkn mnyak htam baru.. test start hdup tp tk lama tu moto ras mcm sush nk standby.. pndai mati sndiri.. pastu try blik xnak hdup.. smua kmponen asas ok .. spark ok.. wiring ok.. cdi standard baru ok.. tolong boss..

    BalasPadam
  31. En muaz perlu buat top servis lihat masalahnya..

    Ulzzang xio-w'salam.jika maksud en start jadi lus/kosong itu pasti ada kesalahan semasa pemasangan klac

    BalasPadam
  32. salam bro..sy guna wave125.klu overhaul agak2 bpe kena..start xidup2..minyak itam da keluar

    BalasPadam
  33. W'salam

    Saya buat tak sampai RM 600

    Tukar rod,piston,bearing,grind valve,timing chain set,gasket,oil seal clutch plate,..

    BalasPadam
  34. Assalamualaikum. Saya ada masalah dgn minyak hitam leaking. Saya harini masa otw balik penang moto saya dgn tiba2 down. Tgh bwk dalam 60km/h tiba2 trus semput n mati. Saya berhenti pastu try enko tpi enko dh keras. Saya tinggal 10 minit pastu try start boleh plak. Kawan saya ckp jem panas tpi moto still boleh jalan. Apa tindakan yg saya kena ambik untuk nk selamatkan moto saya?

    BalasPadam
  35. W'salam.

    Kalau jem panas biasanya motor dah tak sedap naik dan ada beberapa hal akan timbul seperti;

    -hilang power
    -makan minyak hitam(untuk motor 4lejang)
    -makan plug
    -minyak kuat

    Solusinya; perlu tukar piston(rebo) dan perbaiki masalah leaking minyak tu..

    BalasPadam
  36. Assalamualaikum tuan yg budiman,
    Sy guna motor skuter jenis yamaha nouvo lc
    baru2 ni pagi2 masa start enjin sy perasan ada asap putih keluar
    Dari ekzos, asap yg keluar tu tipis dan tak berapa nampak sgt, kemudian sy rem sikit masih ada keluar asap nipis.dalam 1 minit sy biar enjin panas kemudian sy rem lg asap dah tak ada,motor sy tahun 2009. Mileage baru 30k,sebelum ni mmg jalan dekat2 shj, tp dalam setahun ni byk jalan jauh utk ulang alik kerja... Jarak pegi balik anggaran
    64km setiap hari, kelajuan maintain dlm 80-100km tiap hari. Minyak hitam ok tidak berkurang. Adakah ni tanda2 kerosakan piston,blok,valve sebagai nya atau dah mula kondem?,harap tuan boleh bg pendapat apa patut sy buat,boleh la sy bersiap sebelum merebak.

    BalasPadam
  37. W'salam en.firdaus
    .pada pendapat saya motor en. Hanya menghadapi masalah biasa setelah lama digunakan.kadangkala Yamaha nouvo lc baru pun ada masalah sama seperti ini.Tak usah risau jika minyak hitam tidak berkurangan.

    Saya cadangkan en firdaus membuat servis luaran iaitu termasuk karburator,air filter,plug dan juga minta mekanik laraskan semula mixture bahan api(karburator) sebaiknya..lihat perbezaan selepas itu..sekian.

    BalasPadam
  38. Terima kasih atas jawapan tuan,
    Sy ingin tanya tuan lagi,
    Kalau utk nouvo lc berapa RM kos utk:

    1.overhaul
    2.top overhaul

    BalasPadam
  39. sama-sama..saya buat dalam rm 800 0vl , rm 150 top ovl.

    apa pun tengok barang apa tukar juga bang,lagi banyak lagi tinggi harga.Dalam kes mahu selesaikan masalah masalah minyak hitam kering kosnya adalah lebih murah,kalau enjin jem lagi mahal..

    BalasPadam
  40. salam tuan.. saya pakai LC v2 5s.. masalah saya minyak hitam sentiasa berkurang.. saya baru2 ni ride to kelantan.. xsmpai 400km minyak hitam dekat dipstick xsampai.. hujung pon x.. padahal saya tuka sehari sblom gerak.. apa masalah ye? xde leaking,xde asap pon ikut ekzos.. agak apa masalah? ke masalah ring piston? or blok? nk kene buat top obohol or lain?

    BalasPadam
  41. w'salam..

    kene buat top overhaul la tuan..ganti valve seal n piston ring..

    BalasPadam
  42. Salam...nak tanya...saya pakai suzuki smash revo 110...dah berapa bulan sy x bukak tangki minyak hitam...baru bukak tadi tgok dah kering minyak hitam dia...motor saya akan rosak ke?atau perlu tambah minyak hitam je?sblom ni saya naik takde ape2 problem sbb saya x reti langsung pasal motor...thank you :D

    BalasPadam
  43. w'salam

    tukar minyak hitam baru pastu dari dulu sebulan tengok macam mana..perhatikan ada tanda-tanda seperti saya sebut kat atas tu..

    nak selamat,seminggu cek sekali minyak hitam tu..

    BalasPadam
  44. Assalamualaikum,
    Tuan, sy nk mnta tolong,
    Moto klx 150 jem diatas hway,
    Bila sy check,minyak hitam xcecah dipstik,
    Klu ditolak, mcm ada gear, wlupn sudah free gear
    Agk2 tuan, berapa kos utk sy overhaul enjin tersebut?

    BalasPadam
  45. w'salam

    Kawasaki ni kalau buat overhaul kos die mesti tinggi dari motor yamaha atau honda pasal sparepart mahal..takde yang local,ori saja..
    mungkin boleh bincang dengan mekanik suruh dia convert barang lain kalau boleh..kalau jem rod dan piston tak lah mahal saja..agak saya dalam 800$ kebawah..Harap bukan masalah gear box.

    apa pun seperti saya cakap..tengok barang apa masuk

    BalasPadam
  46. Salam bang,saya pakai dtm 150,semalam saya baru balik kerja,dan otw balik tu motor saya enjin berhenti secara tiba2,saya cuba start balik guna electric starter dgn kick starter,adakah ini sebab minyak hitam takde?

    Sebelum ni,ada sikit masalah susah nak start enjibso mmg kena pakai kick starter kalau nak pergi mana2

    BalasPadam
  47. w'salam

    boleh jadi juga sebab minyak hitam tak ada..enjin jem panas.

    satu lagi masalah enjin tiba-tiba berhenti ialah masalah petrol(karburator)

    kalau nak pastikan awak boleh cek level minyak hitam..

    kick starter memang susah pakai kalau enjin berat atau batery tak kuat.

    BalasPadam
  48. Assalam,
    Sebelum ni saya pernah mengalami enjin jam (2bulan lepas model honda wave 100) kerana minyak hitam kering. Saya hantar repair dan dikenakan bayaran rm160. Saya nak tahu pormen tu repair ape ? Dan saya nak buat porting n polish head untuk tambahkan laju sedikit, patutkah saya?

    BalasPadam
  49. Assalam, nak tanya skit..lc first model sy klu jln jauh atas highway baru ad leaking..klu jln dkt2 atau skjp2 xde hal plak, bole sy tau tu sbb apa? Tgok ekzos xde kluar asap itam atau putih pun bila start enjin..agk2 brp kos sy nk repair semula tu ye..mnyk itam tu kluar n brkumpul btul2 kt atas casing enjin tu..cmne ye? Tq admin..

    BalasPadam
  50. w'salam

    en. Danish-biasa kalau minyak 4t kering tak lari mesti rebore blok,valve seal,grind valve..rm 160 kira harga normal di bengkel.

    Boleh aja nk port head,takda masalah kalau nak cuba cuma standard lagi la.

    en James bond-lc tu ada bocor kecil dekat mana2 bahagian berkaitan,oil seal atau gasket.Pastikan juga 4t tak isi lebih sangat..

    Tukar gasket saja tak sampai rm 100.

    BalasPadam
  51. salam
    135 lc v4 setting
    minyak hitam kering
    blok jamed
    saya kene overhaul ke hanya tukar blok sahaja?

    BalasPadam
  52. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  53. Saya ada motor skuter.minyak hitam bocor di kawasan skru buangan minyak hitam.berapa kos untuk selenggara.

    BalasPadam
  54. Bocor minyak kt skru tu ada 3 kes
    -skru tak ketat/skru lus
    -washer skru tak ada

    Kos tak mahal bos kecuali lus,dalam RM 30 ..

    BalasPadam
  55. salam tuan. saya menggunakann honda wave S tahun 2013 malang tak berbau saya terlanggar bende tajam terkenan simpanan tangkin minyak hitam. sebelah kanan. minyak hitam bocor. menitik
    dah hantar repair. ganti cover settle. dia ganti minyak hitam dan cover tepi tu dengan gasket kaalu tak salah.

    selang 2 minggu di KL motor hilanng "compression" kat penendang kaki tu dia tak sangkut terus laju ke bawah. sorong ke kedai motor bengkel ...bengkel kata valve bocor.

    boleh tak tuan terangkan permsalahan valve bocor ni macam mana? ada kaitan dengan minyak hitam? ada kaitan dengan kualiti kerja ketika penukaran cover minyak hitam? kebetulan masalah pertama dan kedua di tempat yang sama.

    untuk pengetahuan tuan. motor saya sekarang macam tiada pickup. gear 1 nak kena pulas separuh minyak baru dia gerak. ada sekali tu di highway tengah run gear 4 tetiba dia macma mengaum.....gear macam termasuk ke N

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam tuan,

      Valve bocor tak kaitan dengan minyak hitam kering,lain cerita kalau valve seal bocor..

      Lebih lanjut baca kt artikel belajar mekanik yang saya dah tulis..

      Disini maksudnya motosikal tuan memang tersedia hadapi masalah valve sebelum berlaku cover enjin pecah tu.

      Sebarang kesilapan semasa kerja menggantikan cover tu tak mendatangkan masalah valve bocor kecuali pada sistem clutch.

      Kemungkinan berlaku disini ialah masalah clutch bukan masalah valve bocor kerana tanda-tanda yang tuan sebutkan itu..

      Padam
  56. Assalamualaikum bos, nak tanya motorsikal yg x digunakan hampir setahun (parking), boleh menyebabkan minyak hitam kering x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam..tak kering kalau tak bocor..dia jadi lendir atau berketul lau dah lama sangat..

      Padam
  57. Salam tuan...nak tanya...minyak 4T motor ksr110 saya brkurangan slps tukar ekzos yamaha legend tp xder kluar asap & xder bunyi kasar...so saya top up kan jer minyak 4T tu...ader mslh ker klu pakai ekzos lain walhal lebih kurang cc?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam tuan..enjin overheat boleh jadi tuan..minyak hitam susut..

      Padam
  58. Asklm tuan,

    Motor saya Honda Future asyik leaking pada gasket ... kali ini sudah tiga kali korek pada lubang gasket tu untuk letakkan gasket yang baru ... nak tanya, motor maksimun berapa kali dibenarkan untuk korek lubang gasket tu yea ? Apa tindakan untuk elak dari leaking lagi ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam tuan

      Maaf gasket yang mana maksudnya tu?

      Padam
  59. Salam nak tanya...saya guna moto lagenda 110 masalh dia skrng bila saya hidup kan enjin bahagian blok ada bunyi ketik2 mcm tu blok bru korek piston baru...tapi valve saya masih guna yang lama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Try ketatkan tapet bos..

      Padam
  60. Salam tuan. Nak tanya ttg motor yamaha fz150i model keluaran kedua. Saya guna semenjak jem engin tgh jalan minyak engin kering. Lepas tu motor balik saya ganti minyak engin baru dgn filter. Tp engin jd makin kasar mcm bunyi piston dgn rantai. Minyak engin pun cpt kering. Motor blh naik lg bwk lebih 100km pun blh lg. Cuma engin bunyi kuat dari sblm ni. Ekzos xda keluar asap. Rasa2 apa masalahnya dan kena top overhaul saja ke atau full overhaul?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam..
      Selalunya efek bila minyak hitam kering banyak benda..contohnya

      Piston
      Rod
      Bearing
      Chamshaft
      Dll.

      Jadi jika bos nk motor boleh jalan dan minyak tak kering lagi perlu lah buat top overhaul saja tukar piston..sori..fz kena tukar blok sekali.serta grind valve.

      Tapi nak enjin senyap perlu buat full overhaul tukar semua barang yang dah "maķan"..

      Padam
  61. Salam tuan.saya baru tukar ekzos standard ex5 ke apido chmaber racing.masuk hari ke 4,asap putih keluar dari ekzos.ape masalahnye ye tuan?ade ke sy kne pkai ekzos standarf balik or camne

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikum salam

      Ye la tukar je ke standard balik..harap-harap ring piston masih baik..

      Padam
  62. Salam tuan,

    Sya pkai lagenda 115zr fuel injection(2013). Thn lps pernah overhaul sbb minyak itam kering x smpai 2 minggu lps tukar autoclutch. Setahun lps tu ok back to normal tp sbulan dua ni enjin slalu mati tiap kali berhenti (parking, traffic light). Baru2 ni ade pomen bgtau valve bocor. Sya x mahir dlm hal enjin ni jadi sya mohon pendapat tuan.. Trima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Untuk pastikan samada pomen tu cakap betul atau tidak bos boleh hantar bengkel buat servis karburator dulu dan laras balik tuning..

      Padam
  63. Salam tuan....nak tnya 125z saya minyak hitam selalu kurang....leaking tak ada pon....minyak 4t ni dia boleh naik smpai ke blok dan terbakar sama ngan 2t ker

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Minyak hitam untuk motor 2-stroke tak masuk ke dalam ruangan blok sebab dah ada oil seal tutup..kecuali oil seal crankshaft to dah longgar n minyak hitam bolehlah menyelinap masuk😑

      Padam
  64. Salam nk tnya skit kalau motor tgh jalan tiba2 minyak hitam kering dan motor mcm nk mati kejap,apa perlu buat?
    Dan berapa lama boleh tahan sebelum barng dlm enjin rosak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam

      Tak boleh buat apa..nanti jalan depan sikit jadi lagi..kalau minyak hitam masa tu boleh tambah ja..

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Boleh jalan untuk sementara waktu..

      Padam
    4. Mcm mna ye lps isi minyak hitam tu ad bunyi bising kt enjin?

      Padam
    5. Berkemungkinan besar isian minyak hitam tak cukup

      Padam
  65. Moto lc..adik saya pakai..dia bwk smpai kering minyak hitam n enjin jadi bising..persoalannya blh hilang ke bnyi bising tu bila kita tambah minyak hitam baru?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba isi minyak hitam balik..kalau tak ada yang calar boleh senyap balik enjin tu

      Padam
  66. salam bang,2,3 hari lepas sy ada tukar valve motor ego kat kedai..ada 1valve bocor..lepas tukar valve baru dia xbuat grindvalve..dia ade test tuang petrol kat lubang ekzos n carb..xde bocor kat valve..sekarang nak tahu..ada kesan ke tak grindvalve ni..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam

      Ni bukan masalah minyak hitam kering ni..huh

      Tapi tak apa saya jawab

      -kalau dah confirm tak bocor boleh terus pasang ja..grind ialah untuk ratakan permukaan valve supaya tak bocor.

      Padam
  67. Salam tuan, saya pakai motor Suzuki Best 110, baru2 ni saya check dengan kedai sebab ada masalah minyak hitam leaking, masalah ni dah lama, tapi saya baru check sebab baru ada bajet, pomen tu ada tunjuk satu kesan retak dekat bawah enjin, kesan garisan halus, dia kata kena overhaul balik n kena angkat keluar enjin, nak welding n cuci dalaman, kos dalam rm 400 lebih, betul ke kena overhaul n welding balik? dengan kos tu n apa punca yang buatkan enjin tu boleh retak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kos rm 400 tu memadai apa yang dia cakap tu..jarang berlaku masalah enjin retak ni kecuali kesan lepas langgar sesuatu ataupun ada barang dalam enjin pecah..cara nak pastikan betul atau tidak bos boleh cuci bersih bawah enjin tu dan bagi kering semua permukaannya..selepas tu cuba running motor beberapa minit atau lebih lama lagi dan lihat dari mana arah minyak hitam keluar..

      Padam
  68. assalamualaikum tuan.

    saya ada moto honda wave 100.Masalah dia,minyak hitam dia selalu kurang.jalan jauh skit minyak hitam akan berkurangan.moto xdak keluar asap putih apa pun.bocor dekat area enjin pun xde.ape masalah dia ya tuan.terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam tuan

      Boleh bagi detail minyak apa pakai dan kod dia berapa?

      Padam
  69. Salam.
    Motor modenas GT128 sy baru overhaul 2 bulan lepas , CARB pakai brand NSR , sebelum ni motor boleh bwk mcm biasa ,selepas sy isi minyak petrol full, sy bwk mcm biasa , tiba di rumah saya parking tongkat tepi ada satu minyak melimpah dari tempat minyak hitam , melimpah sampai basah lantai , minyak hitam bocor ke atau petrol, bau mcm minyak petrop, tapi bila sy cek minyak petrol masih lagi penuh, masalah apa ni tuan? sy tak berapa arif pasal motor , trm kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam
      Cara nak tahu dari mana minyak tu bocor,pertama bersihkan semua kesan minyak bawah enjin kemudian bersih dan keringkan permukaan tu.Cuci pakai petrol.Lepas tu start enjin atau jalan beberapa minit dan perking.


      Sekarang boleh nampak dari mana punca minyak tu datang.
      Tapi biasanya kalau bau petrol pastinya karburator Overflow..

      Padam
  70. salam bos saya minta pertolongan boss ni kenapa lc v1 saya baru je tukar block fz boss ade effect ke boss klu tukar sebab dlu pakai block uma racing berderai boss
    harap pihak tuan dapat tolong saya selepas tukar block fz and now minyak hitam jadi kering apabila servis minyak hitam boss kalau nk tahu ape masalah moto saya boss harap dapapt mmbantu tuan..
    sbb mcm mane nk tahu punca barang rosak sbb tepek saya bunyi kuat boss agak2 berape kos nye bossku..

    harap dapat mambantu sbb saya boss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,

      Macam tu la boss kalau main barang modi ni,tak ngam mesti lerai la enjin..

      Tepet bunyi sebab minyak hitam tu kurang sampai ke head,mungkin sebab minyak hitam tu dah kurang atau memang kurang support ke head.First kena pastikan block tu bore fit dengan ring piston.2nd kena cari jalan supaya enjin itu lebih sejuk dan minyak hitam cepat sampai ke semua bahagian,tukar oil pump lebih besar ka..macam tu.

      Ok,harap membantu dan terima kasih hadir komen :)

      Padam
  71. Assalam tuan..nak tnya..saya pakai motor ex5..saya dapati ada leaking di skrew kawasan cup/cover putih sebelah bawah kaki kiri ..ape masalah nye ye..tq..

    BalasPadam
  72. Assalamualaikum. kenapa ye motor Hinda Dash V2 saya asyik rosak auto clucth ye dan lepas tukar auto dengan mangkuk tu minyak hitam pula sekejap dah separuh dalam sehari. apa masalah nya ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam
      Motor modified kot..:)
      Pakai klac elok sikit.minyak kurang tu biasanya masalah blok..rebo blok

      Padam
  73. Assalam tuan, sy pakai motor lagenda 110. Sy nak tanya kalau kita isi minyak hitam lebih dari sukatan boleh menyebabkan leaking ke? Mohon keterangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Ya boleh tuan..minyak hitam akan muntah balik ikut air filter tu.Memang sistem yahama lagenda macam tu,terdapat lubang udara enjin disambungkan ke air filter..

      Terima kasih sudi mampir..:)

      Padam
  74. Assalamualaikum mad malaysia.sy ada masalah motor suzuki fx110 ni..sblum ni pakai okey tpi kbelakangan ni buat perangai..tengah bawak tiba2 bila pulas minyak x hidup motornya dan mati tiba2.dh tukar spoket bru ni,dh okey motornya..tpi tdi mati lagi motonya waktu tgh bwk.cek minyak hitam macam takda..minta pandangan sikit tuan..jazakallahu khoir

    BalasPadam
  75. Assalamualaikum,saya pengguna lagenda 115z. Sewaktu saya sampai ke rumah di rawang dari Kuala Lumpur,sebelum membuka pagar,saya side stand motor dan selepas beberapa ketika kelihatan asap dari luar ekzos di bahagian bawah brek kaki. Setelah diperiksa,kelihatan minyak hitam yang begitu banyak keluar dari salah satu paip yang bersambung dengan air filter. Apa yang patut saya baiki?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Biasa berlaku hal macam ni bila terlebih isi minyak hitam dan minyak hitam muntah ke kotak angin (yamaha sistem) akhirnya keluar melalui hos paip tu..bos boleh buat servis karburator dan air filter dan akhir sekali buang balik lebihan isian tu..

      Terima kasih hadir dan komen

      Padam
  76. Salam bos..moto wave100r saya myk hitam bocor kt bwh plate mgnet...3 kli tukar plate x jln jgk..terbaru try letak gam gasket kt situ x jln jgk..mcm mna pndpt bos??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam
      Tukar oil dan oilring baru berkualiti..pastikan juga tak ada bahagian yang retak

      Harap dapat diselesaikan

      Padam
  77. Asssalam...moto dah 3bln x jln..lps tu dlm seminggu jln dr prk ke kl..baru2 ni tukar minyak hitam..minyak kurang..pomen cek asap putih..kene tukar blok dll..bajet 600 lebih betui ka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,

      Perlu tahu motor apa tu?

      Tukar minyak satu kali dulu tengok macam mana perkembangannya..

      Padam

Salam pembaca,

Silakan berkomentar dengan bijak untuk manfaat diri anda dan semua orang.komen yang ada unsur negatif dan tidak relevan dengan tajuk artikel terpaksa di alih keluar.maaf kerana kesulitan itu.
Jika ada sebarang pertanyaan lain sila lihat halaman 'contact saya'
Sekian,terima kasih.