Masalah motor susah hidup waktu pagi




Kenapa motor saya susah hidup pada waktu pagi,apa masalahnya?


Punca masalah motor susah hidup pada waktu pagi biasanya berkaitan dengan bahan bakar.minyak petrol lambat atau belum sampai kedalam enjin.Walaupun kita sudah tendang hidupkan enjin selagi minyak tak dibakar enjin tidak akan dapat dihidupkan.

Kerana sedar tentang masalah ini pihak pengeluar telah sediakan alat yang dinamakan 'choke'.Biasanya choke dipasang pada bahagian handle motor sebelah kiri.Cara guna tuas choke ialah kalian hanya perlu tarik tuas choke apabila gagal hidupkan enjin pada waktu tertentu,pagi malam atau dalam keadaan cuaca sejuk dingin seumpamanya.
Setelah enjin berjaya dihidupkan jangan lupa tutup kembali tuas choke untuk elak masalah plug rosak bakal berlaku.

Gambar choke lever
Choke lever


Tips untuk buat motor senang hidup

Sedikit tips untuk membuatkan motor senang hidup.Ubah setting karburator motor kalian.Akan tetapi perkara ini membuatkan pertambahan penggunaan bahan api.

Sekiranya enjin motor gagal dihidupkan juga ia adalah berkaitan perkara lain.Sila rujuk pada mekanik atau terus saja komen pada tempat yang disediakan.

Itu saja yang harus kita pengguna motor harus buat untuk mengatasi masalah motor susah hidup pada waktu pagi.
Sponsored links

Tiada ulasan: