Injap motor bocor


Gambar injap 1

Masalah injap valve motor bocor


Masalah injap/valve bocor akan membuatkan motor hilang kuasa atau langsung tak boleh hidup.Injap bocor disebabkan beberapa perkara.Punca utama yang biasa berlaku kerana kerana kebuk pembakaran dipenuhi plak atau karbon.Plak yang menebal berdaki di permukaan piston dan juga pada ruang kebuk pembakaran dalam lama-kelamaan akan mula merebak ke rongga injap.Injap tidak tertutup rapat kerana plak menghalang.Disini berlaku masalah injap bocor.Injap juga boleh rosak atau bengkok kerana plak karbon


Gambar valve bocor



Injap bengkok juga berlaku disebabkan ia terantuk pada plak yang menebal di atas kepala piston.Plak ini telah membukit menutupi lurah injap pada piston.

Motor injap bocor berpunca dari tidak kerana tidak menggunakan minyak hitam yang berkualiti dan juga pemilik tidak pernah melakukan servis motor.

Tiada ulasan: