Cara buat klac maksimum power



Gambar motor klac power

Borak-borak tentang cara buat klac motor untuk mendapat maksimum power


Hari ni borak-borak pasal cara buat klac motor bagi power.Panaskan enjin sikit hari ini,asyik timing je mengantuk juga rasanya.Hah, mari  kita meng-upgrade  klac motor kita.Klac power bermaksud cengkaman klac kuat lagi maksimum.Macamana cara untuk mendapat cengkaman klac yang maksimum?

Pada umumnya penggunaan klac bagi sesebuah motosikal adalah pada standard kegunaan harian dan diselaras untuk memberi ketahanan jangka hayat yang lama.Untuk tambahan keseronokan menunggang ada cara untuk memaksimumkan penggunaan klac bagi sesebuah motosikal.Tetapi untuk melakukan hal ini terpaksalah kalian korbankan sedikit jangka hayat klac motor kalian.Setuju! Ok mari mulakan..

Fungsi klac pada penulisan lepas sudah kalian fahami,sekarang kita melangkah hal itu kepada setting klac yang lebih advance.

Untuk mendapat kuasa enjin sepenuhnya cengkaman klac yang jitu diperlukan.Cengkaman maksimum akan memberikan kita mendapat  power wheelie pada pick-up motor kita.Itu yang kita akan cuba cari.Bagaimana nak dapatkan power wheelie yang tulen?

Mari letak 'toyol' dalam klac


Buka klac dahulu,leraikan semua kompenon klac.Yang pertama kita perlu pastikan plate geseran berada dalam keadaan baik,kalau kompromi tukar klac yang lama kepada baru.Cari klac original, no racing no cap ayam..Beli dan pasang cantik-cantik.Dah selesai? sekarang adalah masa letak 'toyol'..haha
Toyol melantun..Spring klac racing.
Ya,tukar spring standard kepada spring racing.Sekarang rasa boleh tarik ke tak lever clutch kalian.Berat? haha berat lagi bahu memikul..

Dah siap pasang semua mula masukkan minyak hitam pilihan kalian dan hidupkan enjin seketika bagi minyak hitam running sekejap.Hah,dah 2 minit..apa lagi test laa..

Perh! 1,2,3 lompat..terbaik yob.Jika kurang power,setting sprocket pula sehingga terasa ringan,tayar depan terangkat.

Itu saja borak-borak kali ini mengenai cara memaksimumkan penggunaan klac motor.Semoga berjaya mencuba!.

Tiada ulasan: