cara bawa motor klac dalam masa 5 minit

Cara bawa motor klac clutch

Hajat hati nak keluarkan motor rxz atau 125z tapi saya tak tahu bawa motor klac,macamana cara bawa motor klac?

Tak mengapa,hari ini juga boleh belajar bawa motor klac dalam masa 5 minit terus pandai.Tak percaya? Ok mari saya tunjukkan caranya.Tapi saya tak ada motor klac tangan yang cuba,macamana?.Tak mengapa tengok saja tutorial mudah yang saya tulis ini .Sebelum tu harap sudah tahu juga tentang fungsi klac kopling<<

Tutorial membawa motor klac tangan

Bismillahirrahmannirrahimm,
Untuk mula tutorial ini pastikan motor  anda nak naik tu motor ada klac tangan.Bermakna motor yang ada lever klac pada handle motor sebelah kiri.Sebelah kanan ialah brek depan.Ops! pastikan juga motor bukan jenis skuter kerana skuter ialah motosikal automatic tak ada klac.

Step 1- Hidupkan enjin beberapa minit kemudian baru boleh mula.
Mulakan dengan tarik lever klac.Tarik rapat,kemudian masuk gear 1.

Step 2- Pulas trottle,besarkan minyak sedikit.Jangan terlampau besar! Kemudian lepas klac perlahan-lahan.Dah rasa tayar mula bergolek,baru lepas habis lever klac.Saat ini bolehlah nak pulas throttle lagi.

Step 3- Motor dah berjalan bermakna kalian dah berjaya kawal klac.Nak masuk gear-gear seterunya mudah saja.Perlahan minyak sikit dulu,tarik klac dan masuk gear lalu lepas klac.Begitulah gear-gear seterusnya gear 3,4,5,6,.

Step 4- Saat mahu memberhentikan motor,Tarik klac dahulu sebelum berhenti.Apabila motor dah berhenti,tukar kepada gear neutral (free gear) dan baru lepas klac.

Play video

* jika ralat kunjungi https://youtu.be/5vYUDZ5TOoA

Gambar pertukaran gear Yamaha 125z
Aturan gear yamaha 125z

Perlu diingat sentiasa menggunakan klac semasa masuk gear atau tukar gear. Klac digunakan semasa pertukaran gear sahaja bermakna kita perlu tarik klac semasa nak masuk gear dan ketika tukar kepada gear rendah.Selepas itu klac tidak lagi digunakan.Diharap kalian boleh faham panduan bawa motor klac tangan ini dengan mudah.Saya rasakan tak sampai 5minit pun pasti boleh!.Apa-apa perlu belajar dan praktis sehingga mahir menggunakan klac.
Selamat mencuba!

Random Posts