cara bawa motor klac dalam masa 5 minit

Cara bawa motor klac clutch


Hajat hati nak keluarkan motor rxz atau 125z tapi saya tak tahu bawa motor klac,macamana cara bawa motor klac?

Tak mengapa,hari ini juga boleh belajar bawa motor klac dalam masa 5 minit terus pandai.Tak percaya? Ok mari saya tunjukkan caranya.Tapi saya tak ada motor klac tangan yang cuba,macamana?.Tak mengapa tengok saja tutorial mudah yang saya tulis ini .Sebelum tu harap sudah tahu juga tentang fungsi klac kopling<<

Tutorial membawa motor klac tangan


Bismillahirrahmannirrahimm,
Untuk mula tutorial ini pastikan motor  anda nak naik tu motor ada klac tangan.Bermakna motor yang ada lever klac pada handle motor sebelah kiri.Sebelah kanan ialah brek depan.Ops! pastikan juga motor bukan jenis skuter kerana skuter ialah motosikal automatic tak ada klac.

Step 1- Hidupkan enjin beberapa minit kemudian baru boleh mula.
Mulakan dengan tarik lever klac.Tarik rapat,kemudian masuk gear 1.

Step 2- Pulas trottle,besarkan minyak sedikit.Jangan terlampau besar! Kemudian lepas klac perlahan-lahan.Dah rasa tayar mula bergolek,baru lepas habis lever klac.Saat ini bolehlah nak pulas throttle lagi.

Step 3- Motor dah berjalan bermakna kalian dah berjaya kawal klac.Nak masuk gear-gear seterunya mudah saja.Perlahan minyak sikit dulu,tarik klac dan masuk gear lalu lepas klac.Begitulah gear-gear seterusnya gear 3,4,5,6,.

Step 4- Saat mahu memberhentikan motor,Tarik klac dahulu sebelum berhenti.Apabila motor dah berhenti,tukar kepada gear neutral (free gear) dan baru lepas klac.


Play video

* jika ralat kunjungi https://youtu.be/5vYUDZ5TOoA

Gambar pertukaran gear Yamaha 125z
Aturan gear yamaha 125z


Perlu diingat sentiasa menggunakan klac semasa masuk gear atau tukar gear. Klac digunakan semasa pertukaran gear sahaja bermakna kita perlu tarik klac semasa nak masuk gear dan ketika tukar kepada gear rendah.Selepas itu klac tidak lagi digunakan.Diharap kalian boleh faham panduan bawa motor klac tangan ini dengan mudah.Saya rasakan tak sampai 5minit pun pasti boleh!.Apa-apa perlu belajar dan praktis sehingga mahir menggunakan klac.
Selamat mencuba!

61 ulasan:

nomina 76 berkata...

Klac perlu tarik ke,jika nk belok kiri kanan ataupun di roundboad

Mad Malaysia berkata...

Tak perlu.hanya semasa pertukaran gear.pastikan gear yg tepat semasa belokan/selekoh.

Contoh rounbout kecik.,cik tunggang motor rxz 6 speed,cik dari jln lurus dlm kedudukan gear 6,apabila cik menghampiri roundbout tu cik perlu perlahankn kelajuan tarik klac tukar kpd gear rendah satu persatu sehingga mendapat gear yg sesuai dgn kelajuan selekoh tu

Misalnya cik tak mahu turun gear tetap mggunakan gear 6 (iaitu sesuai utk kelajuan tinggi diatas 100km/j,jika dibwh 100km/j akan membuatkan kelancaran tergamggu/tersentak2),sedangkan rounbout tersebut hanya berkelajuan 40km/j maka pastinya enjin mnjadi tersentak2 atau juga terus mati.jadi untuk kelancaran enjin pada kelajuan 40km/j ialah gear rendah seperti gear 4 atau 3..

Muhammad Baihaqi berkata...

Jika mahu berhenti di lampu isyarat bagaimana hendak mengawal motor supaya tidak mati?

Mad Malaysia berkata...

tekan brek n tarik klac ,jngan lepas.
lepas tu terserah nk free atau nk stay gear 1.
free gear baru boleh lepas klac ya..

Unknown berkata...

Dalam menurunkn gear dari gear 6 ke gear 3, perlu lepas klac atau hnya tekan sehingga gear 3..

ezy azroll berkata...

Klau dari gear 2 ke 1 perlu ke kita lps kn clutch perlahan lahan mcm starting nk gerakn moto tu

Mad Malaysia berkata...

Haha..itu gaya pelumba trek drop 3 gear strait..bagi pemula drop 1 dan 1 lagi..

Mad Malaysia berkata...

Tak perlu.hanya gear 1 lepas perlahan lahan..

Hidzer Azaman berkata...

nak tanya, bila enjin mati boleh tak start motor tu dlm berkeadaan gear 1 sambil tekan klac rapat? yelakan, panik masa nak redah trafik light tiba2 mati, then malas nak free gear trus start moto boleh ke?

Unknown berkata...

Lpas gear 1 Ann...gear 2 clutch kene lpas plahan ke x payah

Mad Malaysia berkata...

Tarik klac masuk gear 2,terus lepas klac ..xyah plahan2 sebab enjin dh tak mati(roda dh gerak)

nas syira berkata...

.Penerangan yang mudah difahami, terbaik. .

Mad Malaysia berkata...

Mekasih

Haziq. Aiman berkata...

Mad Malaysia minta penjelasan bagi soalan di atas?

Mad Malaysia berkata...

Sori lambat reply.

Perlu tengok jenis motor bang..sebab tak semua motor boleh terus start tanpa free gear..beza boleh tengok pada motor yamaha 125z dan rxz..

pijat Cool_ berkata...

kite nk brek kens tekan clutch baru tekan brek tngan kn... ?? klau nk drop gear mcm mne pulak...keadaan kaki kite kt clutch tu ??

Mad Malaysia berkata...

Kat kaki kite tu gear saja tak ada klac.kalau motor klac automatic macam ex5 tu baru pakai kaki.Ataupun maksud en macamana?

SAM uel berkata...

This comment has been removed by the author.

SAM uel berkata...

SOALAN SAYA LEPAS TARIK CLUTCH ,BAGI DAH NAK GERAKKAN MOTOR,KENA TEKAN "GEAR" KE ATAU "TARIK" GEAR DULU DAN SETERUSNYA UNTUK GEAR 2 PUN SAMA,KENA "TARIK" KE ATAU "TEKAN" ? TERIMA KASIH

Mad Malaysia berkata...

Nak senang faham macam ni..

1-tarik klac
2-masuk gear 1
3-pulas minyak sama-sama lepas klac perlahan lahan

Motor dah jalan laju sikit,sekarang boleh masuk gear 2 pula.

Nak masuk gear 2 perlahankan minyak sikit saja dan tarik klac lagi baru tekan masuk gear 2,dan lepas klac.

Proses ini sama sehingga habis gear.

Kurang faham boleh tonton video bawah motor klac yang telah disediakan diatas..

Sekian.terima kasih.

Unknown berkata...

Apa punca moto mati masa nk berhenti tu. Nk kena tekan klac ke x payah. Klau tkn klac nk ram skli ke tkn je?

Mad Malaysia berkata...

Mati sebab tak free gear.kalau tak nak free gear perlu tekan klac lepas tu kena main-main minyak sikit sebab enjin jadi berat..

Budak baru berkata...

Klau dkt bonggol mcmn plak ya? Nk main clutch n break? Tq.

Budak baru berkata...

Lg satu klau mencelah? Risau jgk nk main clutch.

Mad Malaysia berkata...

Memang macam tu motor ada klac perlu kawal klac dan main minyak..

Mad Malaysia berkata...

Free gear sebelum naik bonggol..

Budak baru berkata...

Alamak. Mcm susah la plak. Haha

Zaim berkata...

Mcm mne nk turun kan gear 1 ke free gear dlm keadaan motor sdg brhenti di traffic light..125zr

Mad Malaysia berkata...

Tak susah eh..dimana ada kemahuan disitu ada highway.. Haha

Mad Malaysia berkata...

Hmm..OK yang special sikit..rata-rata motor pakai klac mati gear free dia sedikit tersembunyi..

Gear 125z pun sama..Dari gear 1 nak ke gear N(free) awk cungkil pedal gear depan keatas sikit ja..kalau banyak terus ke gear 2,dia tak jadi free..meter hijau N nyala kat meter akan menyala kalau awk dah free gear..

Cikk Ezal berkata...

Assalamualaikum kalau saya bwk gear 6 nk turunkan gear ke gear 1 di traffic light kna cungkil sedikit satu persatu ka?? Soalan kedua klau di roundabout dan bonggol kna pkai gear 3 kan

Cikk Ezal berkata...

Assalamualaikum free gear brapa ?

Mad Malaysia berkata...

W'salam

Biasanya motor 6 gear kalau nak drop gear pakai tekan pedal depan gear bukan cungkil.cungkil nak masuk gear..hmm sistem gearbox dia berbeza sikit dengan motor tak ada klac macam Honda ex5 tu..

Dari gear 6 nak free gear boleh buat sekali ja..langkahnya

1.perlahan minyak
2.tarik klac dan jangan lepas

3.tekan turun gear habis sampai tak boleh tekan lagi(habis gear) dan cungkil ke atas satu Kali..sikit saja..sekarang motor awak dalam keadaan gear natural (free).baru lepas klac..

Pasal rounbot ni tak tentu kadang roundabout besar kadang kecil..kalau agak perlahan pakai gear 3..tapi klac pun nak kena main juga kalau nak tekan brek

Situasi membrek di ronbot
Motor berada dalam gear 3 tiba-tiba kereta kat membrek..langkah anda adalah tekan dan tarik klac bersama..sebabnya kuasa enjin dah turun mendadak gear 3 yang cik gunakan sudah tidak sesuai dengan kelajuan motor dan mengakibatkan enjin mati..enjin tak mati selagi kita tarik klac.

Harap cik faham..kalau tak faham silakan tanya lagi..assalamualaikum.

Mad Malaysia berkata...

W'salam

Natural.tak ada gear..gear dia special sikit kerana duduk diantara gear 1 dan gear 2.

Unknown berkata...

Assalamualaikum,soalan saya..bagaimana mau tukar gear 1 ke gear N moto 125zr.itu soalan pertama
Soalan Kedua,moto 125zr,gear 1nya first tekan cluth dan tekan gear kaki ke depan..dan gear 2,3,4,5 tu nk cungkil bawah atau atas..semoga dpt jawab soalan saya,jawab 1 pr 1

Mad Malaysia berkata...

W'salam

Seperti yang saya jelaskan pada komen sebelumnya..

Baiki sekali lagi ya..faham elok2

125z-gear pedal dia boleh tekan depan belakang bukan..?

Jika awk guna depan pedal dari kedudukan gear 1 untuk ke gear N(takda gear) awak perlu cungkil sedikit shj..awak boleh rasa seperti ada takuk..tapi..ada tapi die..jangan terlalu kuat cungkil kerana die akan pergi ke gear 2..selepas itu lepas klac perlahan-lahan untuk pastikannya.Jika motor bergerak bermakna awak sudah masuk gear 2.Dari gear 2 boleh juga untuk ke N caranya pula awak perlu tekan sedikit sahaja sebelum gear 1.kesimpulanya gear N adalah berada ditengah diantara gear 1 dan gear 2.

2.Cungkil semua untuk tambah gear.Tekan untuk turun gear.

Unknown berkata...

Assalam soalan saya adalah...jika kita berjalan kite kena tekan clutch selalu ke masa berjalan...?

Mad Malaysia berkata...

W'salam

Jangan nanti klac cepat habis..hanya ketika masuk gear,turun gear, free gear ataupun saja nak rem motor..:)

Unknown berkata...

takk payahh

matt enn berkata...

Assalamualaikum . nak tanya ya , kalau nak perlahankan motor , perlu tekan cluth juga ke ? contoh nya macam kita dekat selekoh tu . kalau boleh , boleh buatkan full tutorial bawa moto cluth tak ? nak belok di selekoh dll

Mad Malaysia berkata...

W'salam,

Perlahan minyak tak perlu tarik klac kecuali motor tersengguk sebab tak nak tukar gear..ketika ini tarik klac dan main minyak.

Cadangan yang bagus akan diusahakan nanti dan terima kasih.

Unknown berkata...

hai nak tanya kalau nak tukar gear tekan blkg ka . hahaa

Akmal Marzuqi berkata...

Assalamualaikum . saya ingin bertanya dan saya juga berhadapan dengan masalah bila menggunakan motor 125zr . maklumlah pengguna baru . soalan berikut :

1. bagaimana hendak mengamal motor jika berada di kawasan yang tinggi seperti bukit agar motor tidak mati?

2. bagaimana hendak mengawal motor ketika hendak menghadapi bonggol ? perlukah drop ke gear 1?

3. contohnya saya sedang berada di gear 2 dan hendak turun ke gear 1 . apa yang patut saya lakukan?

4. boleh beri tips bagaimana hendak mengawal motor ketika di simpang atau di trafik light?

terima kasih

Mad Malaysia berkata...

W'salam

Ya,kerana itu post ini diterbitkan untuk membantu mereka yang mula belajar Motor clutch.tak ada terus pandai,mesti kena belajar ye tak? OK jawapan untuk en Akmal..

1-naik bukit atau turun mesti guna gear rendah..gear 2 atau 3 misalnya.kalau turun bukit nak rehat enjin boleh Tarik klac tanpa tukar gear

2.guna gear 2 keatas.semasa naik bonggol tarik klac n main minyak lepas klac perlahan-lahan seperti gear 1.

3-motor sudah berjalan dalam gear 2 terus tarik klac,tukar gear dan lepas klac.tak perlu lepas perlahan lahan sebab motor sedang berjalan.Jarang guna gear 1.

4-tarik klac masuk gear 1 dan standby tunggu jalan clear/lampu hijau

Harap boleh difahami.satu lagi tips-buat praktis klac separuh dalam gear 2 keatas,maksudnya lepas klac separuh dan gerak.ini membantu ketika jalan sesak atau untuk mencelah..

Wassalam.

Muhammad Husin berkata...

Macam mana nak bawa moto clutch dalam keadaan jalan raya sesak dan perlu mencelah? Mcam mana kalau tengah syok bawak tiba2 kereta depan berhenti mengejut?

Roslan berkata...

Ye. Itu yang menjadi ketakutan utama. Nak mencelah tu agak susah jugak. Kena jaga clutch.huhu. Hatrap Admin dapat membantu.

cikmaa_ berkata...

This comment has been removed by the author.

cikmaa_ berkata...

salam, klau kita dh free gear ,.nk lpas clutch slow ii ke ?

Mad Malaysia berkata...

kalau sempat,perlahan minyak+tarik klac+tekan brek..

lepas tu baru drop gear

Mad Malaysia berkata...

w'salam.

tak payah..lampu 'N' nyala terus lepas klac

Hanif Radzak berkata...

This comment has been removed by the author.

Hanif Radzak berkata...

Ada cara lagi senang tak nak gerak kan moto selain dari cara lepas kan klac pelahan2

Hanif Radzak berkata...

Ada cara lagi senang tak nak gerak kan moto selain dari cara lepas kan klac pelahan2

Unknown berkata...

bro kalau nak berhenti kena tekan brek+klac ke ?

Marman berkata...

memang begitu cara guna klac

Marman berkata...

ya tekan brek dan tarik klac dan jika perlu tukar gear yang sesuai dengan kelajuan selepas itu..

kalau sudah mari boleh cuba teknik motogp pada artikel baru post..:D

Bull Lock berkata...

Aslm, kalau dlm gear 2 masa berhenti, kna lps clutch slow-ii ke masa nk gerak balik? Tq.

Orang minyak berkata...

Walaikumsalam

Berhenti kena free gear ataupun gear 1 (tarik klac)....kalu guna gear 2 motor cepat mati

Zank's King berkata...

nak tanya, apakah prbezaan gear neutral dan gear 1 ketika berhenti? dan ketika di traffic light jika kita dlm keadaan gear N,dan lampu hijau menyala adakah terus tukar masuk ke gear 1? sbb xprnah guna gear N. selalu drop gear 1. cuma nk tnya perbezaan. sya guna RXZ ��

Repair Motor berkata...

Digalakkan tukar kepada gear N ketika berhenti lama dalam keadaan enjin hidup kerana ia dapat meminumkan penggunaan klac plate..khasnya pada motor klac mati macam Yamaha Rxz ni..

Unknown berkata...

jika kita memulakan perjlanan first kna hidup enjin..then tarik clutch msuk gear satu..dari gear satu tarik clutch trus ke gear 2 kn?? then step yg sma smpai gear 5..utk turunkan gear same the step right? but..kalau dari gear 2 msa kt trafik light waktu break kna tarik clutch x?kalau break terus adakah motor akn mati??then bila dh gear 2 tekan bwah for natural gear..gear natural ni bleh trus gerak x?? or kna turunkan dari natural ke gear 1?? sy confused bab ni...dekat selekoh or dekat bonggol bleh ke trus break then teruskan jalan spt biasa tanpa tarik clucth walau dlm gear 3??