Halaman

Aci engkol



Rupa bentuk aci engkol,bahagian-bahagian serta fungsinya



Gambar aci engkol



Ini la rupa bentuk aci engkol atau crankshaft.aci engkol terletak pada bahagian enjin tengah.Aci engkol ialah satu kompenon enjin antara yang paling  berat.Ia terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu kanan dan kiri.Bahagian kanan untuk sambungan pada clutch dan kiri pula untuk magneto.Rod penyambung pula dipasang ditengah-tengah aci engkol.Pada sambungan rod dengan aci engkol terdapat bearing dan pin.Salalunya masalah aci engkol rosak atau 'jem' adalah pada bahagian bearing ini.Ciri-ciri aci engkol rosak ialah kedengaran enjin motor bunyi bising  'knocking'.Semakin teruk rosaknya semakin kuat enjin bunyi atau langsung jem (kejang).

* untuk menukar rod, enjin perlu dibuat          overhaul *

Fungsi


Pada pendapat saya, fungsi aci engkol  ialah untuk menghasilkan putaran enjin.Piston menghasilkan tenaga lalu menolak aci engkol untuk berputar lalu menghidupkan mekanisma enjin yang lain.



Rpm (Revolutions per minute) pula dikira pada putaran aci engkol.Semakin tinggi nilai pada meter rpm bermakna semakin banyak putaran enjin dihasilkan.

Aci engkol boleh diguna pakai sepanjang hayat motosikal hanya rod penyambung,bearing rod akan ditukar ganti.Ini kerana aci engkol diperbuat daripada besi padu.Mungkin masalah kecil boleh berlaku pada aci engkol tetapi ia boleh diperbaiki.


Cakap pomen ; aci engkol tak berbunyi sebaliknya rod yang berbunyi"

sponsored links
Selamat datang ke blog peribadi saya khusus untuk anda yang minat belajar mekanik motosikal,belajar mekanik secara online.Belajar asas mekanik motor dari mula melalui pemahaman mudah..terus ke sini untuk bermula..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam pembaca,

Silakan berkomentar dengan bijak untuk manfaat diri anda dan semua orang.komen yang ada unsur negatif dan tidak relevan dengan tajuk artikel terpaksa di alih keluar.maaf kerana kesulitan itu.
Jika ada sebarang pertanyaan lain sila lihat halaman 'contact saya'

Jika soalan anda sukar diterjemahkan dengan tulisan anda boleh hantar video kepada kami,baca link dibawah ini

https://www.baikimotor.com/2018/04/motor-ayam-channel-video-permotoran.html?m=1


Sekian,terima kasih.