Masalah karburator




Gambar karburator


Masalah karburator motor


Masalah karburator motor ada bermacam jenis kalau nak dihuraikan..
Disini kita ketahui antara masalah utama pada karburator motor dan paling banyak ditemui.Penyakit yang sering berlaku pada jenis karburator standard(asal motor)

Kandungan;


  • Karburator bocor
  • Karburator takde timing
  • Karburator gila
  • Karburator banjir



 Masalah bocor (leaking) pada oil ring dan gasket adalah yang paling popular.seringkali terjadi pada motosikal baru dan lama.skru longgar adalah punca.Ia juga berlaku kerana karburator banyak kali dibuka tutup.kesannya minyak petrol mula bocor dicelah-celah oil ring atau gasket.Apabila kebocoran berlaku pada sambungan karburator dengan intake hose akan timbul pula masalah hilang kuasa enjin.enjin akan cepat mati contohnya semasa berada di traffic light. Perkara ini disebut karburator tiada timing.

Masalah ini berbeza dengan masalah karburator gila.kaburator gila bukan disebabkan oil ring atau gasket karburator bocor tetapi kerana sebab liang-liang udara dalaman tersumbat atau bocor.Kesannya juga motor tiada timing.Timing motosikal jadi tinggi rendah walaupun telah di setting karburator << itu dengan pelbagai kaedah.Tak jumpa' setting adalah masalah karburator gila.

Karburator banjir << ialah masalah berlaku secara tiba-tiba pada motosikal ketika meredah banjir.masuk air adalah puncanya.

Jalan penyelesaian bagi masalah-masalah karburator boleh dibuat kecuali masalah karburator gila.Masalah ini sering terjadi pada karburator lama atau karburator tiruan.Jika ia dipastikan maka karburator itu perlu ditukar ganti.Bagi masalah oil ring bocor atau gasket bocor hanya perlu mengetat skru karburator dengan betul.Ada lebih baik ditukar ganti oil ring dan gasket baru jika melakukan servis karburator <<
Gunakan barangan OE .

2 ulasan:

haphizy ahmad berkata...

salam,masalah karbretor berpeluh sejuk apa puncanya ye?

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam

Biasanya masalah jetting karburator tak tepat..buka plug kalau kering perlu up jetting