Fungsi karburator motor dan komponen


Gambar karburator motor
Karburator motor


Fungsi karburator serta kegunaannya pada motor


Karburator(carburator) ialah satu alatan enjin yang berfungsi sebagai kilang mencampurkan minyak dan udara kepada nisbah tertentu untuk dijadikan bahan bahan bakar untuk menjana kuasa sesebuah enjin petrol

Karburator motor berfungsi secara manual iaitu hanya akan bertindak-balas sebaik sahaja seseorang penunggang motosikal mula memulas pendikit(throttle). Disaat inilah udara mula mengalir masuk bersama-sama petrol dari kotak angin masuk ke mulut karburator menuju ke kebuk pembakaran setelah laluan angin dibuka.

Bahan api yang terhasil dari karburator disuap ke Kebuk Pembakaran Dalam untuk dibakar lalu menjana kuasa enjin.Lebih banyak bahan bakar akan menghasilkan lebih kuasa untuk enjin bergerak.Udara diambil ini kerana ditarik/disedut oleh komponen dalaman enjin.Jika anda menghadkan separuh pendikit sahaja bermakna hanya separuh sahaja suapan bahan api untuk enjin makanya juga hanya separuh dari kuasa maksimum enjin terhasil.

Terdapat 2 skru pelaras pada luaran karburator untuk tujuan penyelarasan minyak dan udara.1 untuk ketetapan saat enjin sedang melahu(idle)-iaitu bermaksud juga enjin dibiarkan hidup tanpa pulas minyak(timing)dan skru yang kedua berfungsi sebagai alat menetapkan nisbah campuran bahan api disebut skru angin.

Kegunaan Skru timing karburator ialah untuk meninggikan timing atau merendahkanya dan ia boleh dilaras sendiri oleh pemilik motor itu dan skru disebelah tepi karburator motor itu diserahkan kepada mekanik kerana sedikit kesilapan akan mengganggu kesehatan motor.Namun kedua skru ini  boleh dilaras tanpa masalah jika anda  fahami fungsi komponen itu sebaiknya.Boleh baca sini untuk lebih lanjut Cara Setting Karburator Motor.

Lokasi skru timing pada semua karburator motosikal adalah di tengah-tengah tiang atas karburator  (tiang valve).Skru angin bergantung pada jenis karburator itu sendiri.kebanyakan skru angin adalah bersebelahan skru timing.

Gambar skru timing karburator motosikal
Skru timing


Kegunaan choke karburator

Biasa kita lihat pada bar handle sebelah kiri bawah terdapat satu tuas ia adalah choke karburator. Tuas choke terus ke karburator menggunakan kabel sebagai alat perantaraan.Choke di gunakan selalu pada sebelah pagi saat untuk menghidupkan enjin yang hidup kerana sejuk.Sesetengah motor menempat choke pada karburator seperti motor rxz,RX's,panther atau ts 125.

Cara menggunakan choke(pencengkik) sebetulnya
ialah tanpa memulas pendikit. Tarik choke dan terus hidupkan enjin tanpa perlu memulas pendikit. Kesilapan menggunakan choke menambahkan lagi masalah untuk menghidupkan motor.


Ciri karburator tidak berfungsi

Karburator yang tidak berfungsi ialah karburator yang mempunyai masalah pada komponen dalaman.Kesan kerosakan mungkin timbul setelah lama digunakan menjadikan karburator tidak berfungsi dengan baik.lalu timbulah masalah seperti motor semput ,motor tak boleh start dan sebagainya.
Habuk,bendasing atau air juga menjadi punca karburator bermasalah.Adakah cara mengatasinya?


Ada! Cara merawat karburator ialah dengan membuat servis iaitu mencuci bersih barang dalam karburator seperti mainjet dan pilotjet yang tersumbat akibat kotoran disebut.Selanjutnya melaras semula karburator untuk menemui ketepatan campuran bahan api yang paling optimum.

Kegunaan karburator pada motor

pada masa sekarang karburator masih kekal digunakan pada motosikal walaupun nampak penggunaan sistem injeksi sudah meluas.Ada kebaikan dan kekurangan penggunaan karburator berbanding injeksi.Betul injeksi lebih menjimatkan minyak bagaimana pula dari segi kerosakkan dan kos baiki? Apa pun untuk kita lebih baik mempelari lagi tentang karburator,fahami lebih mendalam lagi bagaimana karburator berfungsi kerana karburator motor masih lagi satu alat yang masih relevan untuk beberapa tahun mendatang..

Tiada ulasan: