Cara tukar tiub tayar motor pancit bocor

Bab 1 baiki motor

Mempelajari cara tukar tiub tayar motor pancit/bocor

Tayar bocor atau tayar pancit adalah masalah yang tak dapat dielakkan oleh pengguna motor.Bagi mekanik membaiki motor tayar pancit sudah menjadi rutin harian dibengkel.Kerana itu mekanik wajib mahir bab tayar motor.Tukar tayar,tukar tiub mesti dibuat dengan baik dan cepat tanpa sebarang masalah.mekanik motor boleh buka pasang tayar mengambil masa kurang dari 5 minit.

#Catatan ini untuk pelajar mekanik jika anda pengguna biasa baca catatan tayar selalu pancit

Tentunya ada teknik yang membuatkan proses tukar tiub tayar pancit secepat itu tanpa sebarang masalah.Tak kena cara tiub baru pasang boleh pancit balik atau pecah,tayar tak naik dan bermacam lagi masalah.maka bab sulung belajar baiki motor saya rasa eloklah kita  mulakan dengan mempelajari cara-cara tukar tiub tayar motosikal agar selari dengan  kerja rutin mekanik motor..dimulakan dengan
Bismilahirahmanirrahhim..

Dialog sketsa cara tukar tiub motor di bengkel

Dialog dibawah adalah mengenai cara tukar tiub tayar motosikal pancit | bocor

Sambil releks berborak..vroomm..
sampai sebijik motor ex5 dream.
“Bang,tiub belakang pancit ..



pomen(anda), tolong tukar tiub motor abang ni_yang bersuara ni taukey ..he he..



Sepanar saiz berapa [email protected]!
_pomen.



Ambik sepanar saiz 19,10,12 dan pengcungkil tayar_taukey



Nak bukak apa dulu cif tak tau ni.._pomen



Buka peti rantai tu dulu pakai sepanar 10 .lepas buka peti rantai buka  nat brek–>  buka nat tayar.._taukey



Buka arah mana cif?_pomen



Buka skru lawan jam ikat/ketat ikut jam.._taukey



Taukey minum air jap sambil tengok pomen dia tengah buka tayar motosikal pancit.



Cif tayar dah buka ni cif .pastu cif.._pomen



Dah..! Ha meh sini tengok aku buat dulu.Ni mula-mula buka nat tiub ni dulu pakai sepanar 12′..sret..srett..
(tercabut dah nat tiub)



OK ,ni aku nak cungkil tayar ni..kau tengok baik-baik..



Ni bai..
Masa nak cungkil  tayar kau pakai hujung pencungkil tayar yang melengkung ni.nanti dah masuk tiub,nak pasang tayar balik pakai hujung yang leper ni pulak.._taukey



Kenapa cif?_pomen



Masa nak buka tayar tentu lah senang pakai hujung melengkung/bengkok..tapi tak boleh pakai ni masa nak masukkan tayar balik sebab mudah terkena tiub..ada paham!_taukey



Orait cif!_ pomen



Customer dekat belakang perhati je sambil mengangguk kepala..paham la tu kot..:)



Srett..srett..srett..selamber je taukey tukar tiub tak 8.8 second dah siap..

Image cungkil tayar motor

Dapatkan spanar tayar set disini

Teknik ganti tiub motor

Sedikit teknik atau skil untuk anda untuk ganti tiub motosikal pancit yang boleh anda pratikkan


Semasa buka tayar

  • Guna pengcungkil hujung

  melengkung

  • Guna 2 pengcungkil tayar
  • Cungkil sesi/bucu tayar pada

sebelah yang pertama > Tarik tiub
Keluar > dan cungkil sebelah 2

  • Periksa tayar jika ada paku,dawai   Cari punca tayar pancit/bocor

Semasa pasang tayar

  • Sebaiknya guna pengcungkil

hujung leper

  • Masukan sedikit angin kedalam

tiub

  • Sapukan sedikit minyak pada

bucu/bibir tayar

  • Masukkan tiub (yang sudah diisi

angin)kedalam tayar > ikat nat
tiub 1atau 2 pusingan(supaya
tak tercabut sudah) > mula
cungkil masuk tayar > Pam angin

  • Setelah siap pastikan urat/line sisi

tayar sama aras

  • -siap-
                         Tonton video ini

*Jika ralat tonton melalui link ini https://youtu.be/wpnL25MVT38

Bab-2

Begitulah cara tukar pasang repair tiub tayar motor motosikal sepeda motor pancit bocor kalau tayar rosak sila tukar tayar sekali ya

6 Replies to “Cara tukar tiub tayar motor pancit bocor”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *