Bab 1 baiki motor
Mempelajari cara tukar tiub tayar motor pancit/bocor
Tayar bocor atau tayar pancit adalah masalah yang tak dapat dielakkan oleh pengguna motor.Bagi mekanik membaiki motor tayar pancit sudah menjadi rutin harian dibengkel.Kerana itu mekanik wajib mahir bab tayar motor.Tukar tayar,tukar tiub mesti dibuat dengan baik dan cepat tanpa sebarang masalah.mekanik motor boleh buka pasang tayar mengambil masa kurang dari 5 minit. Tentunya ada teknik yang membuatkan proses tukar tiub tayar pancit secepat itu tanpa sebarang masalah.Tak kena cara tiub baru pasang boleh pancit balik atau pecah,tayar tak naik dan bermacam lagi masalah.maka bab sulung belajar baiki motor saya rasa eloklah kita mulakan dengan mempelajari cara-cara tukar tiub tayar motosikal agar selari dengan kerja rutin mekanik motor..dimulakan dengan
Bismilahirahmanirrahhim..
Dialog dibawah adalah mengenai cara tukar tiub tayar motosikal pancit | bocor
Sambil releks berborak..vroomm..
sampai sebijik motor ex5 dream.
"Bang,tiub belakang pancit ..
pomen(anda), tolong tukar tiub motor abang ni_yang bersuara ni taukey ..he he..
Sepanar saiz berapa cif@taukey..!
_pomen.
Ambik sepanar saiz 19,10,12 dan pengcungkil tayar_taukey
Nak bukak apa dulu cif tak tau ni.._pomen
Buka peti rantai tu dulu pakai sepanar 10 .lepas buka peti rantai buka nat brek--> buka nat tayar.._taukey
Buka arah mana cif?_pomen
Buka skru lawan jam ikat/ketat ikut jam.._taukey
Taukey minum air jap sambil tengok pomen dia tengah buka tayar motosikal pancit.
Cif tayar dah buka ni cif .pastu cif.._pomen
Dah..! Ha meh sini tengok aku buat dulu.Ni mula-mula buka nat tiub ni dulu pakai sepanar 12'..sret..srett..
(tercabut dah nat tiub)
OK ,ni aku nak cungkil tayar ni..kau tengok baik-baik..
Ni bai..
Masa nak cungkil tayar kau pakai hujung pencungkil tayar yang melengkung ni.nanti dah masuk tiub,nak pasang tayar balik pakai hujung yang leper ni pulak.._taukey
Kenapa cif?_pomen
Masa nak buka tayar tentu lah senang pakai hujung melengkung/bengkok..tapi tak boleh pakai ni masa nak masukkan tayar balik sebab mudah terkena tiub..ada paham!_taukey
Orait cif!_ pomen
Customer dekat belakang perhati je sambil mengangguk kepala..paham la tu kot..:)
Srett..srett..srett..selamber je taukey tukar tiub tak 8.8 second dah siap..
Dapatkan spanar tayar set disini
Teknik ganti tiub motor
Sedikit teknik atau skil untuk anda untuk ganti tiub motosikal pancit yang boleh anda pratikkan
Semasa buka tayar
- Guna pengcungkil hujung
melengkung
- Guna 2 pengcungkil tayar
- Cungkil sesi/bucu tayar pada
Keluar > dan cungkil sebelah 2
- Periksa tayar jika ada paku,dawai Cari punca tayar pancit/bocor
Semasa pasang tayar
- Sebaiknya guna pengcungkil
- Masukan sedikit angin kedalam
- Sapukan sedikit minyak pada
- Masukkan tiub (yang sudah diisi
tiub 1atau 2 pusingan(supaya
tak tercabut sudah) > mula
cungkil masuk tayar > Pam angin
- Setelah siap pastikan urat/line sisi
- -siap-
Tonton video ini
Bab-2
Belajar pelajari cara tukar pasang repair tiub tayar motor motosikal sepeda motor pancit bocor
4 ulasan:
Klu susah sangat tukar tiub telipon je pomen "ON CALL"
TUKAR TIUB
TUBELESSS
0122292618
0136664514
NAS 24JAM(klu call x angkat tidur la tu)
Motor /Kereta
KL/SELANGOR
"Dapatkan spanar tayar set disini" .. tak dapat link la bos.. boleh bos bagi link tu.. saya berminat nak beli bos
Maaf tuan tentang itu..
Jika tuan berminat untuk alat tayar tu atau alatan mekanik apa aja boleh terus hubungi saya.alamat di laman contact blog ini
Terima kasih
https://www.baikimotor.com/p/contact.html?m=1
Catat Ulasan