Cara tukar ganti bateri battery motosikal


Ops! nanti dulu.sementara itu cek fius bateri dulu.Buka kotak fius pada yang berada diantara wayar positif ‘+’.fius putus menyebabkan bateri tak berfungsi..



cara tukar bateri battery dan langkah-langkahnya

Untuk cara tukar ganti bateri motosikal ,apa yang diperlukan hanya sebatang pemutar skru jenis bunga- Philip.

Sebelum tukar bateri pastikan sedara sedari tahu dimana lokasi bateri motor sedara sedari.contoh Honda cub,ex5 tempatnya disebelah kanan badan motor.

Punca; kenapa perlu tukar bateri?

  • Horn tak bunyi
  • Signal tak menyala
  • Lampu meter tak menyala
  • Masalah lampu cepat terbakar
Gambar bateri motosikal
Contoh bateri Honda c70

 

*Anak panah merah=paip getah saluran
Overflow bateri
*Anak panah biru=fius bateri
*Anak panah kuning=penutup liang bateri
 
 
 
 

Langkah-langkah tukar ganti bateri

Siapkan bateri baru

1.Cabut (2) getah penutup saluran pengilang_sebelah tepi

Gambar bateri motor

untuk bateri baru jenis basah sahaja.JANGAN LUPA!

2.buka setiap penutup lubang liang-liang bateri_ sebelah atas.

Isikan dengan Acid pada semua liang-liang bateri pada tanda aras yang ditetapkan.Perhatian! Penggunaan Asid hanya sekali sahaja pada bateri iaitu pada bateri baru.setelah setelah digunakan,jika paras asid berkurangan akan ditambah menggunakan air bateri atau air suling  bukan lagi asid.

3.Biarkan selama 3-5 minit sebelum ditutup penutup liang itu.Ia memberikan masa supaya bateri bertindak balas.

Mula tukar

1.Buka cover bateri dimana lokasi bateri berada pada motosikal.

2.setelah lihat bateri lama, mula cabut atau buka 2 wayar penghubung bateri,wayar positif -tanda ‘+’ dan wayar negatif ‘-‘.Cabut (1)paip getah saluran overflow bateri jika ada.biasanya terselit kebawah.

Paip getah saluran overflow bateri bertujuan mengalirkan lebihan asid kebawah.Karat pada body motosikal sering berlaku jika bateri tak ada paip saluran ini

jika tidak ada maksudnya terjatuh silalah siapkan dahulu.Tak perlu panjang sampai bergesel jalan ..haha..cukup-cukupkan saja

3.setelah dibuka keluar bateri lama ambil bateri baru yang telah tersedia tadi dan pasang.

Ops! nanti dulu.sementara itu cek fius bateri dulu.Buka kotak fius pada yang berada diantara wayar positif ‘+’.fius putus menyebabkan bateri tak berfungsi.

4.Perkara penting perlu di perhatikan semasa pasang bateri ialah wayar positif dan negatif.
JANGAN TERSILAP!

5. Pasang kedua-dua skru bateri baru.positif ‘+’ dan negatif ‘-‘.
Sambungkan balik (1) paip getah saluran overflow -saluran kebawah
BUKAN (2)PENUTUP SALURAN PENGILANG dicabut pada bateri baru pada permulaan tadi.2 benda berbeza.

Gambar bateri motor

6.test bateri-buka suis penghidup-tidak perlu hidupkan enjin.
Horn berbunyi,signal menyala dan lampu kecil pada meter menyala menandakan bateri berfungsi

Jika sudah dipastikan bateri baru dipasang tadi berfungsi maka bolehlah hidupkan enjin dan biarkan enjin hidup beberapa minit.Enjin hidup dengan sendiri akan mengecas bateri baru untuk menghasilkan tenaga maksimum bateri.

Jika tidak ada masalah pada bateri motosikal yakni berfungsi dengan baik maka boleh tutup kembali cover bateri.Disini sedar sedari sudah siap menjalakan proses penukaran bateri motosikal sendiri.

Demikianlah pembelajaran tentang cara-cara tukar ganti bateri motosikal.bertemu ditajuk lain pada bab akan datang insyallah..
-sekian,assalamualaikum-

37 Replies to “Cara tukar ganti bateri battery motosikal”

  1. Assalam ..mcm mna kalau sebelum ni ok je, tiba2 lampu depan belakang semua mati ,tnya pomen dia cakap bateri kena tukar baru ,.. ad kena mengena ke?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *