Cara tukar ganti bateri battery motosikal



Ops! nanti dulu.sementara itu cek fius bateri dulu.Buka kotak fius pada yang berada diantara wayar positif '+'.fius putus menyebabkan bateri tak berfungsi..




cara tukar bateri battery dan langkah-langkahnya


Untuk cara tukar ganti bateri motosikal ,apa yang diperlukan hanya sebatang pemutar skru jenis bunga- Philip.

Sebelum tukar bateri pastikan sedara sedari tahu dimana lokasi bateri motor sedara sedari.contoh Honda cub,ex5 tempatnya disebelah kanan badan motor.


Punca; kenapa perlu tukar bateri?


  • Horn tak bunyi
  • Signal tak menyala
  • Lampu meter tak menyala
  • Masalah lampu cepat terbakar




Gambar bateri motosikal
Contoh bateri Honda c70


*Anak panah merah=paip getah saluran
Overflow bateri
*Anak panah biru=fius bateri
*Anak panah kuning=penutup liang bateri






Langkah-langkah tukar ganti bateri


Siapkan bateri baru

1.Cabut (2) getah penutup saluran pengilang_sebelah tepi

Gambar bateri motor


untuk bateri baru jenis basah sahaja.JANGAN LUPA!

2.buka setiap penutup lubang liang-liang bateri_ sebelah atas.

Isikan dengan Acid pada semua liang-liang bateri pada tanda aras yang ditetapkan.Perhatian! Penggunaan Asid hanya sekali sahaja pada bateri iaitu pada bateri baru.setelah setelah digunakan,jika paras asid berkurangan akan ditambah menggunakan air bateri atau air suling  bukan lagi asid.

3.Biarkan selama 3-5 minit sebelum ditutup penutup liang itu.Ia memberikan masa supaya bateri bertindak balas.


Mula tukar

1.Buka cover bateri dimana lokasi bateri berada pada motosikal.

2.setelah lihat bateri lama, mula cabut atau buka 2 wayar penghubung bateri,wayar positif -tanda '+' dan wayar negatif '-'.Cabut (1)paip getah saluran overflow bateri jika ada.biasanya terselit kebawah.

Paip getah saluran overflow bateri bertujuan mengalirkan lebihan asid kebawah.Karat pada body motosikal sering berlaku jika bateri tak ada paip saluran ini

jika tidak ada maksudnya terjatuh silalah siapkan dahulu.Tak perlu panjang sampai bergesel jalan ..haha..cukup-cukupkan saja

3.setelah dibuka keluar bateri lama ambil bateri baru yang telah tersedia tadi dan pasang.

Ops! nanti dulu.sementara itu cek fius bateri dulu.Buka kotak fius pada yang berada diantara wayar positif '+'.fius putus menyebabkan bateri tak berfungsi.

4.Perkara penting perlu di perhatikan semasa pasang bateri ialah wayar positif dan negatif.
JANGAN TERSILAP!

5. Pasang kedua-dua skru bateri baru.positif '+' dan negatif '-'.
Sambungkan balik (1) paip getah saluran overflow -saluran kebawah
BUKAN (2)PENUTUP SALURAN PENGILANG dicabut pada bateri baru pada permulaan tadi.2 benda berbeza.

Gambar bateri motor

6.test bateri-buka suis penghidup-tidak perlu hidupkan enjin.
Horn berbunyi,signal menyala dan lampu kecil pada meter menyala menandakan bateri berfungsi

Jika sudah dipastikan bateri baru dipasang tadi berfungsi maka bolehlah hidupkan enjin dan biarkan enjin hidup beberapa minit.Enjin hidup dengan sendiri akan mengecas bateri baru untuk menghasilkan tenaga maksimum bateri.

Jika tidak ada masalah pada bateri motosikal yakni berfungsi dengan baik maka boleh tutup kembali cover bateri.Disini sedar sedari sudah siap menjalakan proses penukaran bateri motosikal sendiri.

Demikianlah pembelajaran tentang cara-cara tukar ganti bateri motosikal.bertemu ditajuk lain pada bab akan datang insyallah..
-sekian,assalamualaikum-

37 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan...berkenaan dgn tajuk di atas....motor sy ex5 HP, sebelum ni xpakai bateri...bila start smua lampu depan blkg, lampu indikator kt meter, signal,smua berfungsi...masalahnya kt sini, bila sy bli bateri baru kmudian pasang kt motor sy, bila 'ON' suis, lampu indikator 'N' x menyala, signal dgn horn pun x brfungsi....fuse OK, sy dh test...KNP ya? Harap bg pandangan..TQ

Mad Malaysia berkata...

Salam.

Bos pasti wayar positif negatif betul pasang..saya agak ini masalah wayar shot..bos perlu cek balik tgk..

Tanpa Nama berkata...

Salam En Mad..
Masih lg org yg sama, masalh tukar bateri baru ex5. Sy dh psang bateri baru. Pastu FUSE TERBAKAR...knp ye? Masa nk connect wyr (-), mmg normal ke klu spark sket?.. Harap membantu?

Mad Malaysia berkata...

W'slm

Tak normal mcm tu,pasti ada wayar shot.nak tahu kat mana shot sila cabut semua mentol,brek suis Dan on switch.lepas tu connect bateri berserta fius sekali.lihat adakah fius masih terbakar.kalau OK en pasang balik mentol serta wayar brek suits taxi secara satu persatu lihat untuk kenal pasti puncanya

Tanpa Nama berkata...

OK en.mad, esok sy cb bt apa yg c.mad bgtau tu..tq en.mad sbab sudi share ilmu

Tanpa Nama berkata...

Seperkara lg en.mad...motor sy kluar asap putih...sbab enjin or tuning?

Mad Malaysia berkata...

Kalau asap sikit je masa mula start is normal tapi kalau asyik keluo je tak brenti tu enjin bermasalah

numb3rs berkata...

bos. saya baru belajar nak buat benda ni. satu benda nak tanya, perlu cabut kedua-dua belah penutup getah (kiri dan kanan) tu ke untuk ganti bateri? sebab tu yang saya faham dari artikel bos. motor saya yamaha lagenda 115z

Mad Malaysia berkata...

Pada bateri baru selalu diaorang seal lubang overflow dgn getah.buang dulu baru isi asid bateri.

Kedua:yang penting wayar + - jgn silap.tu saja bos..

Tanpa Nama berkata...

Aslm Bang,

Bateri apa yang sesuai dengan honda ex-5 dream kick starter. Brand & jenis/kod.
Sebab motor saya beli 2nd hand, tak tau apa bateri ori dia. Sebolehnya nak pakai barang standard sahaja.

Terima Kasih.

Mad Malaysia berkata...

W'salam

Dulu motor baru Honda pakai bateri Yokohama lepas tu beralih Yuasa dan sekarang masih lagi Yuasa rasanya..
Yb5lb..

Tanpa Nama berkata...

Salam bang.motor saya sudah lama tak pakai batery.masalah saya tak tau lgsg wayar nk join.boleh bagi tahu caranya.maceh

Mad Malaysia berkata...

W'salam.

Cari wayar merah(+) kat bateri tu
dan wayar hijau(-)-untuk motor honda,hitam untuk Yamaha.

Wayar merah kalau tak ada fius sila beli satu fius box baru..

Ingat ni merah sambung ke bateri +
Hijau sambung ke bateri -

Harap berjaya..

Muhammad Farhan berkata...

Salam mad malaysia. Saya pakai honda c70. Lampu selalu terbakar, haritu pernah ganti bateri dekat bengkel cina. Tapi kejadian sama still jadi. Semua masalah yg diterangkan mcm horn signal semua tak berfungsi. Tq

Mad Malaysia berkata...

W'salam

Ha ni la masalah bateri tak berfungsi yang saya cakap..patut bos pergi balik ke bengkel tu terangkan masalah ni..

Kalau nak tukar battery sendiri
Pun boleh juga,follow je tutorial kat atas tu..

Muhammad Hanis berkata...

salam en mad sya pakai honda ex5.masalah moto saya. lampu meter n dan top speed x menyala.lampu depan signal smua ok . apa penyebab masalah ni?

Mad Malaysia berkata...

Walaikumsalam,

Mentol atau Karen tak sampai..cek wayar karen

iqbal berkata...

Assalamualaikum.. Motor Honda wave saya selalu nya senang nak start. Sekali tendang dh start.. Pagi ni pun sama senang nak start walaupun lepas hujan lebat mlm td, cuma lepas gerak sikit motor, terus power motor saya hilang, then tak boleh nak start langsung.. Adakah masalah bateri..

Mad Malaysia berkata...

W'salam

Maksudnya starter kick tak boleh atau boleh tapi tak mahu hidup?
..Bukan mslh battery

Hairi berkata...

Salam tuan. Motor saya tiba tiba tak boleh start. Saya tukar plug sama. Tapi bila sya press horn xde bunyi. Lampu signal lemah.lampu depan tak mennyala..

Adakah ini masalah bteri?

Mad Malaysia berkata...

w'salam

ya.ada sesetengah motor menggunakan power bateri(TCi)..tak ada bateri tak boleh start..

Zulkarnai Karnai berkata...

Asalamualaikum Bos Moto Saya Ada Problem Sikit. MOTO saya Dah Modifite enjin Tpy Bateri Tak Pasang Bila Saya Full Trotle Dya Jadi Semput. Tu masaalah beteri ka? Mohon penjelasan

Mad Malaysia berkata...

Walakumsalam
Bukan masalah beteri tu..kalau pakai power bateri(tci) macam lagenda,lc,
Xda beteri tak mahu hidup terus

Asri Arifin berkata...

Salam bang. Motor saya klu brake lampu blakang tak mnyala . Lampu signal semua ok,cuma hon bunyi tk kuat. Saya dh try tukar lampu blakang tp masih tk menyala. Adakah sebab bteri atau waya

Asri Arifin berkata...

*lampu blakang menyala cuma lampu brake blakang yg tk menyala

Orang minyak berkata...

Walaikumsalam

Pertama test macam ni..
Buka suis ja..takyah hidupkan enjin..tengok signal nyala ke tak..kalau nyala baru test 'brek switch' dekat pedal brek tu..tarik ke bawah springnya.jika tak menyala tukar brek switch..

Dan kalau signal pun tak menyala sila tukar betteri terlebih dahulu..orait

EightyNine IncRez berkata...

salam ,saya dh isi air bateri..hon,signal,brake semua fungsi dgn baik tp lampu depan dgn lampu blkg tak terang ..punca dia apa ye? harap boss bole tlg sy..mat buntu.

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam
Biasanya macam tu masalah coil lampu dalam magnet atau rectifier

•Pak Long_Mat Yee • berkata...

Assalammulaikum abg, 125z saya hari tu dah tukar bateri baru,mula² ok, lepas seminggu lampu meter, signal, hon dengan lampu brek tak menyala, apa masalah nya?

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam

Mungkin fius bakar..tukar fius baru dan semasa tukar tu pegang fius jap,on switch rasa panas ke tak..kalau panas maknanya ada shot karen..perlu cek wiring

Unknown berkata...

Assalamualaikum bang....sye bru beli batery motor UTZ5S-BS nano gel...
Sye nk tnye ni..
1)elok ke bateri ni?
2)sye beli bateri ni 87...betul ke harge ni

Dr Android berkata...

Aslm...bang bateri UTZ5S-BS ni elok ke? Sye beli 87 ringit betul ke harge ni

Mad Malaysia berkata...

Walaikumsalam bro

Bateri elok ramai orang pakai takda masalah

Ya harga lebih gitu lah untuk motor skuter

Unknown berkata...

assalamualaikum. saya baru tukar bateri kering 3 bulan lepas. sekarang hon kadang x bunyi, lampu meter malap, motor x boleh gune starter. dah kene ganti bateri baru ke?

Mad Malaysia berkata...

Walaikumsalam

Nampaknya macam tu la bos..
Beli bateri yang baik2 sikit..

Unknown berkata...

assalammualaikom... nak tanye boleh tak.. beteri kering boleh dicas tak??

Unknown berkata...

Assalam ..mcm mna kalau sebelum ni ok je, tiba2 lampu depan belakang semua mati ,tnya pomen dia cakap bateri kena tukar baru ,.. ad kena mengena ke?