2 tahap belajar setting karburator melalui teknik asas carburetor adjustment

 Belajar Setting karburator motosikal | kegagalan carburetor tuning



Assalamualaikum,Mahu belajar setting karburator 125z,rxz,RX king,vespa atau motogp (haha)?boleh,cuma perlu ketahui 2 tahap asas tuning dibawah ini dahulu Carburetor adjustment

how? Banyak sekali pertanyaan seperti  ini bila di googlekan.kalau dalam bahasa Melayu,macamana cara penyelarasan kaburatoratau bagaimana cara setting karburator?

Sebelum tu  Fungsi kompenon karburator harap sudah di mengertikan kalau tidak klik link biru diatas.Ada 2 tahap yang saya rasa bersesuaian untuk para pemula(baru belajar) dan tahap 2( advance )bagi yang sudah mahir tahap 1. 

Bila perlu adjust karburator?

Anda perlu adjust karburator semula setelah selesai mencucinya(service) atau setelah membuat modifikasi.

Ada 2 skru penting pada karburator.Yang pertama skru timing dan yang kedua skru angin(skru pepura).Kegunaan kedua-dua skru angin dan skru timing ialah alat setingan kaburator

Tahap 1

Belajar cara setting angin karburator motosikal standard

belajar setting angin karburator motor
Anak panah putih ialah skru timing
Anak panah biru ialah skru angin


Mula setting angin karburator.Pulas pendikit kira-kira 4000-6000rpm (tiada meter cubalah angaran sahaja),tahan sambil tutup  angin sampai habis mengikut arah jam dengan menggunakan pemutar skru.Pada saat ini suara enjin kedengaran berbobot(sempot) kerana campuran minyak dan angin tidak selaras.Mulalah buka angin semula mengikut arah lawan jam sehingga suara enjin ketahap paling besar pada rpm yang sama.

Pusing skru angin karburator untuk mencari rpm tertinggi

Pada titik ini jika dipusingkan lagi skru angin karburator itu ia tetap sama(tiada perubahan)maka anda perlu undurkan pada titik permulaan paling besar tadi..bahasa bukunya ialah disebut “mencari rpm tertinggi”..

Boleh difahami kan..,jika tidak boleh tulis diruangan komen..saya akan cuba jelaskan lagi:)

OK,sebenarnya pihak pengeluar telah menetapkan putaran skru angin motosikal standard(tidak dimodifikasi) ialah 1.1/4(satu suku) pusingan.
Satu putaran jam dikira 1.

Setelah angin diselaraskan maka mulalah pusing skru timing(merendahkan timing) tanpa memulas pendikit sampai tahap yang anda mahukan.

 

Tahap-2

Belajar setting karburator motor – advance carburetor tuning.

melaras minyak dan angin pada carburetor yang lari tuning asal


Karburator lari tuning asal bermaksud angin tidak dapat diselaraskan dengan minyak menggunakan kompenon asal karburator.kompenon asal seperti mainjet,pilotjet dan jarum ialah kompenon penyelarasan(jetting).Ia mungkin disebabkan ada perubahan pada sistem enjin,contohnya pada sistem nyalaan,ekzos atau pada selinder dan piston.

Gagal jumpa setting

kerosakan dan adanya modifikasi pada sistem enjin akan menyebabkan  kegagalan pada carburetor tuning(tak jumpa tune).Jika perkara ini berlaku mulalah timbul masalah pada motosikal anda seperti 

  • Lebihan bahan api(makan minyak)
  • Motor sempot
  • Plug rosak
  • Piston jem(kejang,bocor,pecah)

*baca juga tentang
jenis kerosakan karburator

Kurang faham tonton video belajar cara setting karburator 2 tak – dibawah

Motor susah idup waktu pagi selepas setting angin karburator

Hal ini sering terjadi selepas setting angin karburator motor jadi susah hidup pagi. INi faktor angin “dibuka” terlalu besar. Sila “tutup” setengah atau satu dan lihat perubahan esok hari. Anda boleh juga besarkan pilot jet kalau mahu, cuma mungkin motor akan kuat minyak sedikit. Tak mahu juga?? sila guna chock 🙂

Belajar Setting main jet pilot jet karburator


Perkara diatas terjadi disebabkan minyak melebihi udara(rich) dan sebaliknya
Jalan atasi masalah diatas daripada berlaku,anda perlu adjust(buat perubahan) kompenon dalaman kaburator supaya minyak dan udara boleh diselaraskan kembali.Selalu orang sebut iaitu setting mainjet dan pilot jet.

belajar setting karburator motor sendiri
Berpandukan gambarajah diatas garis melintang menunjukkan bukaan valve(pendikit).anak panah menunjukkan dimana kompenon apa yang berfungsi ketika ITU.

Cara test main jet pilot karburator

Ok, ada yang tanya kat komen macam mana nak test main jet dan pilot karburator. Untuk cari main jet pilot yang tepat ada beberapa teknik terserah kepada kepakaran masing-masing.

Secara umum diketahui ramai, tekniknya ialah:

Test full throttle gear 1,2,3 kemudian terus matikan enjin. Tunggu enjin sejuk barulah buka plug dan lihat warna plug samada kena naikan main jet atau turunkan mainjet.


Kesan pada spark plug selepas setting carburetor

Kesan pembakaran boleh dilihat pada spark plug.Segala perubahan pada jetting akan merubah warna spark plug.Contohnya jika jetting menggunakan saiz yang terlebih besar akan menjadikan plug bewarna hitam basah.

Apabila jetting terlalu kecil pula akan membuatkan elektrod spark plug bewarna putih.Plug untuk pembakaran sempurna ialah bewarna perang kepada coklat.

Teori bagi kes ini ialah kecilkan jetting pada plug bewarna hitam,besarkan jetting untuk plug bewarna putih.

Lanjutan tentang spark plug

Warna spark plug yang elok kalau setting cun

Untuk kepastian setting dah “cun” anda perlu check warna plug. Kerana warna pada spark plug adalah memberitahu bagaimana pembakaran dalaman enjin berlaku

Gambar setting warna plug motor
Sedikit tips- katakan anda zero tak tahu apa, baru belajar setting karburator motor hari ini. Cuba-cuba lah tengok warna plug motor standard kawan kita tu.
Kalau setting 4-stroke tengok plug motor kawan yang pakai 4-stroke juga,kalau setting karburator 2-stroke kena tengok motor 2 stroke/lejang yang baru kalau boleh.
Kemudian cuba dapatkan warna dekat-dekat dengan dia 😉

Belajar Setting jarum karburator

Jarum karburator(slide needle) ialah option terbaik untuk setting  minyak.Ia lebih mudah dibandingkan dengan tukaran jetting.
Jarum karburator untuk kebanyakan motosikal mempunyai takuk(tap) pada sebelah atas.Takuk tuning  standard ialah ditengah-tengah.Untuk minyak lebih alihkan tap kebawah dan keatas untuk kurangkan minyak.Jika masih tidak berhasil barulah ditukar jetting 
lain.
gambar karburator Honda wave 125 murah original Thailand
Dapatkan disni

Download gambar lengkap warna plug jika mahu

Setting sprocket last

Ok tambahan sikit lagi. Artikel ini di update sentiasa bukan saya tulis panjang-panjang macam ini terus ya haha

Sudah siap setting karburator, warna plug pun dan cun barulah setting sprocket. Kadang-kadang selepas tukar sprocket motor “jem”. Ini bermakna perlu check juga warna plug untuk penghabisan kali. Khas untuk motor yang buat modifikasi sahaja.

Bagi motor standard jangan takut kalau hantar motor tukar spoket kena setting angin pula. Tak usah khuatir setingan motor “standard kilang” agak rich tak mengapa.

Akhir kata Cakap Pomen Motor
Itulah lebih kurang pemahaman tentang Carburetor adjustment” yang dapat saya ulas dsini.Harap anda boleh belajar setting karburator motor anda sendiri lepas ni. Kepada anda yang lebih pakar boleh membantu sesama kita pada ruangan komen dibawah.Sekian-

309 Replies to “2 tahap belajar setting karburator melalui teknik asas carburetor adjustment”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *