Motosikal mati secara tiba-tiba

 motosikal mati secara tiba-tiba/mendadak di tengah jalan
apakah punca dan apa yang perlu dilakukan..


Gambar motor


Sedang anda menunggang,secara tiba-tiba motor mati sendiri ditengah jalan..highway yang panjang dan tak sanggup untuk menolak..tapi pada masa yang sangat suntuk dan anda mahu cepat terpaksa juga menolak ke bengkel motor..

Tapi tunggu!
sebelum ditolak motosikal sedara/sedari ke bengkel motor yang agak jauh saya rasakan,disini ada beberapa perkara yang anda boleh buat untuk mencari punca seterusnya mengatasi masalah motor berhenti secara mengejut ini.Mungkin ini talian hayat untuk anda dan mungkin dapat membantu anda untuk meneruskan perjalanan kembali.Untuk mencari penyebab motor tiba-tiba mati sendiri ada 3 perkara perlu dilakukan
  • Cek petrol
  • Cek api
  • Cek karburator


Buka penutup tangki minyak motosikal dan lihat aras minyak  petrol anda benar-benar ada ataupun sudah kering.Jangan terlalu pandukan pada meter motosikal kerana kemungkinan masalah meter rosak boleh berlaku tanpa kita sedari_meter rosak menunjukkan tanda aras yang salah.Jika minyak masih ada atau kejadian ini berlaku setelah anda baru sahaja selesai isi minyak ada lebih baik anda cuba pastikan yang ia benar-benar petrol atau diesel. Anda boleh bau atau rasa guna jari.bau petrol sedikit memeritkan hidung berbanding diesel dan apabila disentuh diesel dirasakan licin seperti air sabun.Petrol dirasakan sejuk pada kulit,tidak pada diesel.kesan atau tanda-tanda dari kesilapan ini ialah ekzos berasap banyak

Periksa nyalaan motosikal  pada spark plug dan lihat samada kondisi plug masih baik atau sudah rosak.Tanda-tanda plug rosak yang mudah untuk dilihat ialah mengenai rupa pada bahagian tengah elektrodnya .warna hitam memungkinkan kerosakan plug.Jika anda tidak tahu cara test spark plug ada lebih baik terus tukar plug baru dan setelah itu cuba hidupkan enjin kembali.Itu jika anda mempunyai alatganti atau boleh minta orang belikan_Plug atau palam pencucuh adalah alatganti motosikal yang paling penting dan wajib ada bagi sesebuah motosikal

Pada bahagian karburator ada bahagian yang dinamakan kod minyak iaitu bahagian yang mana berfungsi sebagai buka dan tutup kemasukan minyak ke karburator.Pastikan ia berada pada keadaan buka.Tutup bermakna minyak tidak dibekalkan dan enjin motosikal tidak boleh hidup tanpa minyak sebagai bahan api.
Yang kedua apa patut anda lakukan ialah periksa petrol pada kaburator.Kemungkinan berlaku masalah karburator masuk air,kotor atau karburator tersumbat.

Tidak ada apa yang boleh dilakukan ditepi jalan melainkan anda mempunyai kelengkapan yang cukup dan sedikit teknik baiki motosikal untuk menyelesaikan masalah motosikal mati tiba-tiba ditepi jalan
Dengan itu pastikan kita menyediakan kelengkapan spanar dan alatganti untuk memudahkan disaat kejadian sebegini
Semoga berjaya!

Tiada ulasan: