Halaman

Clutch serta kegunaannya pada motosikal





Clutch motosikal serta kegunaannya


Salam semua,

Penulisan hari ini mengenai clutch motosikal serta kegunaannya harap dapat difahami  Malaysia,Indonesia, Brunei dan kepada semua pembaca blog pembelajaran baiki motosikal/sepeda motor ini

Clutch atau  kopling digunakan untuk mengawal hantaran kuasa enjin kepada roda belakang motosikal,
Ia diperlukan untuk memutuskan kuasa enjin semasa penukaran transmisi berlaku
Kepentingan clutch pada motosikal ialah untuk meningkatkan kelancaran enjin

Kompenon Clutch terdiri dari plate geseran,plate besi,perumah dalam,perumah luar serta spring,penolak atau pencangkuk
Ia biasanya berada didalam enjin sebelah kanan bagi motosikal keluaran Japan seperti Honda,Yamaha,Suzuki dan Kawasaki

Pembuatan clutch

Plate geseran
Mengikut sumber yang dipercayai bahan yang digunakan dalam pembuatan plate geseran
ialah asbestos
Kerana lebih ketahanan dan lama jangka hayat,tapi kerana ia bahan yang berbahaya bahan ini tidak lagi digunakan
Sekarang penggunaannya lebih terarah kepada Kevlar, Carbon Fiber, gabus campuran dan Vesrah

Gambar plate geseran
Plate geseran


Plate besi
Plate besi





Tuas clutch secara normalnya terletak pada handle motosikal sebelah kiri berlawanan dengan pemulas minyak
Tuas dihubungkan kepada clutch menggunakan kabel wayar atau kabel minyak
Tiada tuas clutch bagi motosikal yang menggunakan sistem clutch automatic seperti kebanyakan motosikal komersil berkapisiti kecil
seperti Honda 70 dan ex5

Mari kita amati fungsi clutch pada motosikal secara dekat pula..
Clutch ialah alat perantaraan sumber kuasa kepada hasil kuasa enjin
Iaitu tenaga dari aci engkol akan dibawa ke transmisi untuk memusingkan roda belakang motosikal
Oleh kerana penukaran gear/transmisi ketika enjin berjalan akan menghasilkan sentakan kuasa_Sentakan enjin berlaku kerana dua daya bertembung.
Jalan penyelesaian pada masalah itu membawa kepada penciptaan clutch plate

Plate-plate clutch memberi ruang daya kuasa bebas untuk seketika penukaran gear selesai.Bagi yang belum faham,satukan kedua-dua tapak tangan,kanan pusing ikut jam dan kiri juga mengikut jam itu lah sebagaimana clutch plate berfungsi ketika di tarik tuas klac.


Aci engkol--> clutch + perumah clutch--> transmisi--> roda belakang
Gambar clutch


Mungkin kepada mereka yang nak tukar clutch motor mereka sendiri harap sudah faham bagaimana ciri-ciri motosikal yang mengalami masalah clutch rosak

Cara tukar clutch plate adalah mudah sebenarnya cuma perlu fahami cara susun bagi setiap kepingan plate
Clutch plate motosikal terbahagi kepada 2 bahagian iaitu plate geseran dan plate besi

Kedua-dua plate ini disusun secara berselang seli didahulukan plate geseran dan seterusnya plate besi,plate geseran lagi,begitulah sehingga selesai.

Selepas itu harus buat uji cuba untuk pastikan klac berfungsi, ada ruang bebas diantaranya apabila tuas clutch ditarik.
Setelah semuanya baik maka pasang balik alat bersangkutan dengannya seperti pencangkuk,spring dan skru
Dan satu tips untuk anda ialah gunakan minyak hitam yang berkualiti bagi penjagaan clutch plate


Pada pendapat saya Clutch diciptakan untuk memberi keselesaan kepada penunggang motosikal
Tiada clutch motosikal tidak selesa untuk ditunggang,perjalanan akan tersentap-sentap malah dalam kes motosikal Yamaha y80 ia saya rasa cukup bahaya saat piston  mengalami kekejangan semasa menunggangnya
Roda belakangnya akan terus terkunci dan terus membuang anda mencium jalan_barangkali motor ini dicipta untuk melahirkan pakar drift,ha ha.
Jadi bermakna clutch juga dicipta untuk keselamatan penunggang motosikal

Baca juga >cara menukar clutch plate
sponsored links
Selamat datang ke blog peribadi saya khusus untuk anda yang minat belajar mekanik motosikal,belajar mekanik secara online.Belajar asas mekanik motor dari mula melalui pemahaman mudah..terus ke sini untuk bermula..

9 ulasan:

  1. Assalam tuan. motor honda wave 115 sesuai tak kalau nak pasang cluth?? DAn berapa ye anggaran harga cluth tu termasuk upah pasang?? terima kasih tuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam.

      Atas citarasa masing-masing tapi memang boleh buat..kos rm400 kebawah

      Padam
  2. ASALAM SY NIK DARI NILAI N9,SY BARU TUKAR CLUTCH PLAT TP BAWA MOTOR RASA LEMBAB DAN PAGI2 NK START HIDUP ENGINE SUSAH NK START.MOTOR PULAK BERAT MASA BAWA BUNYI MENGAUNG.SY PAKAI LAJENDA 115. FB ZOROZACK

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam
      Mungkin ada tak kena lagi tu pada clutch atau mungkin ada kesilapan semasa pemasangan..

      Terima kasih komen yang baik :)

      Padam
  3. Assalam, saya baru tukar autoclutch and clutch plate utk lagenda 115zr sbb time naik bukit or gear rendah akan tersangkut-sangkut. Slps tukar test okay, tp bru sehari jadi balik. Kena pulas trotel n tambah kelajuan baru gear back to normal. Mekanik bgtau maybe mangkuk calar or tukar spoket saiz standard balik. Nk swoh diorg buat balik mcm x confident. Mohon pendapat dr tuan..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum..mohon bantu..sy bru tukar clutch plate..tp apabila siap dipasang..motor tiada free.. mksd sy motor jd berkecak (xthu bhsa standard ap).. apabila tekan gear.. mtor tetap tiada free

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      "Berkecak" :D

      Ok,pastikan susunan dan marking pada mangkuk clutch betul (kalau ada)

      2-pastikan spring clutch tidak terlalu keras

      3-pastikan skru diikat ketat

      4-pastikan tak tertinggal washer

      Mohon buka balik :)

      Padam
  5. macam mana nak bagi clutch ringan ye..motor belang..pkai cable..bleh ke tukar ke sistem haidraulik?

    BalasPadam
  6. Salam..mohon pencerahan..ada bunyi mengetuk di bhagian auto clucth masa menunggang..sentiasa berbunyi walaupun pada gear yg berbeza.

    BalasPadam

Salam pembaca,

Silakan berkomentar dengan bijak untuk manfaat diri anda dan semua orang.komen yang ada unsur negatif dan tidak relevan dengan tajuk artikel terpaksa di alih keluar.maaf kerana kesulitan itu.
Jika ada sebarang pertanyaan lain sila lihat halaman 'contact saya'

Jika soalan anda sukar diterjemahkan dengan tulisan anda boleh hantar video kepada kami,baca link dibawah ini

https://www.baikimotor.com/2018/04/motor-ayam-channel-video-permotoran.html?m=1


Sekian,terima kasih.