Halaman

Clutch plate cepat haus

Kenapa clutch plate cepat haus?ketahui masalahnya yang membawa kepada kehilangan kuasa enjin.
-plate geseran
-Hilang cengkaman


Gambar clutch plate motor


Ciri-ciri motosikal habis clutch

Haus pada permukaan plate geseran akan mengakibatkan enjin hilang kuasa atau secara dekat lagi iaitu kuasa tidak sampai sepenuhnya pada roda belakang motosikal.punca clutch cepat haus berkaitan tentang kualiti plate,bebanan berat,penggunaan minyak hitam dan juga cara kendali motosikal itu sendiri
Apabila plate geseran haus maka cengkaman clutch akan hilang dan kuasa enjin terbuang sebelum sampai ke roda belakang.kesan atau tanda-tanda plate geseran haus boleh dirasakan apabila kelajuan motosikal tidak dapat ditingkatkan atau lambat dari biasa.kedengaran seperti suara enjin meraung atau mengerang saat anda memulas pendikit.itu menandakan clutch telah rosak


Punca clutch plate motosikal cepat haus

Punca clutch plate cepat haus disebabkan empat perkara yang boleh saya berikan.perkara pertama ialah tentang kualiti plate. Terkadang mereka silap saat menukar clutch motosikal, mereka lebih pentingkan harga dari kualiti.clutch berkualiti tentu sekali harganya mahal kerana ia diperbuat daripada bahan yang bermutu tinggi berbeza dengan clutch murah.Hanya plate berkualiti sahaja yang mempunyai ketahanan jitu

Perkara kedua ialah bebanan berat berlebihan akibat muatan barang atau penumpang.Dalam hal ini,untuk mengelak kehabisan clutch berlaku lebih awal penggunaan spoket yang tepat  adalah kunci utama
Contohnya muatan ideal bagi motosikal kecil anda dengan menggunakan spoket belakang saiz 36 mata ialah 70kg tetapi tidak anda telah melebihkan kepada 150kg,maka saya sarankan untuk jaga ketahanan clutch plate anda perlu menukar kepada spoket lebih besar saiznya iaitu 38-40 pada contoh tadi

Yang ketiga ialah penggunaan minyak hitam.Secara umumnya setiap minyak hitam bertindak melicinkan permukaan plate ketika berlaku geseran diantara satu sama lain,dan satu perkara lagi minyak hitam mempunyai sejenis bahan didalamnya yang dapat melarutkan bendasing seperti habuk-habuk micro yang cukup tajam untuk merosakan plate clutch. Akan tetapi bagi sesetengah minyak hitam bahan ini tidak ada atau tidak efektif,pilihlah minyak hitam yang sesuai untuk motosikal anda
Lihat kenyataan dari
 Wikipedia_ Pelincir berasaskan petroleum seperti Vaseline cenderung melarutkan keluaran petroleum seperti getah dan plastik, sementara pelincir berasaskan air cenderung melarutkan kimia berkutub (seperti air dan kotoran); sebab itu tambahan digunakan. Pelincir perlu digantikan apabila kadar bahan larut mencapai peringkat tepu, kerana ketidakupayaan melarutkan kotoran tambahan membenarkan zarah mengkakis bergesel dengan atau melekat pada permukaan bergerak, dengan itu mencipta ruang bagi hubungan fizikal antara keduanya.



Dan perkara terakhir iaitu yang keempat mengapa clutch plate cepat haus ialah cara tunggangan motosikal itu sendiri.Pada asalnya setiap motosikal yang berada dijalaraya ialah motosikal tunggangan harian ia bukan tujuan perlumbaan
Oleh itu kualiti bahan pembuatan kompenon adalah berpatutan dengan tujuan kepenggunaannya
Ya,Jika  sesiapa cuba buat tunggangan motor kapcai seperti jentera Motogp milik Velentino Rossi maka saya sarankan anda standby sebanyak mungkin stok clutch anda
Jadi  Cara jaga klah motor  agar dapat memaksimumkan penggunaannya ialah dengan mengatasi empat perkara tersebut.Gunakan clutch berkualiti,pilih minyak hitam terbaik,buat penilaian dalam pemilihan spoket dan tunggang dengan cermat..
Anda selamat..clutch plate pun selamat..!!
sponsored links
Selamat datang ke blog peribadi saya khusus untuk anda yang minat belajar mekanik motosikal,belajar mekanik secara online.Belajar asas mekanik motor dari mula melalui pemahaman mudah..terus ke sini untuk bermula..

Show comments
Hide comments

94 ulasan:

  1. As salam,

    Sy memiliki sebuah motor honda wave 125s tahun 2007. Tahun lepas sy baru shj overhaul kerana valve pecah. tetapi kuasa enjin hanya bertambah baik pada pick up shj ttp acceleration tak de power. bunyi enjin pada gear 4 rasa seperti perlu tekan gear lg.

    BalasPadam
  2. W'salam

    Selamat datang.

    Mungkin spoket agak besar saudara pakai atau berkemungkinan clutch plate kurang grip

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nak kata spoket..sy pakai spoket standard..xpenah lg tukar2 size .

      Padam
  3. Salam tuan sy nk bertanya tentang masalah motor dash v2 repsol sy ni bila masuk gear je pedal gear lambat nk tendang smula so npe ek?adakah sebab spring clutch plate sy dh lembut?,tp sy dh tkr ke spring racing pn tetap sama gak.

    BalasPadam
  4. Salam tuan sy nk bertanya tentang masalah motor dash v2 repsol sy ni bila masuk gear je pedal gear lambat nk tendang smula so npe ek?adakah sebab spring clutch plate dh lembut,tp sy dh tkr ke spring racing pn tetap sama gak.

    BalasPadam
  5. W'salam

    Saya rasa ini mungkin satu masalah pada motosikal Honda wave sebab hari tu seorang adu masalah klac yang sama pada motor beliau..untuk permulaan encik cuba tukar minyak hitam ke lain Jenis..shell umpamanya

    Jika berlanjutan sila temui mekanik untuk membuat penyelerasan klac semula dan terangkan masalah yang dihadapi ITU..harap soalan encik terjawab.terima kasih.

    BalasPadam
  6. Nk tanya pomen..kalau enjin menjerit masa pedal gear masuk apa masalah?

    BalasPadam
  7. Lepas tekan gear pulas minyak enjin meraung memang petanda klac dah habis..

    BalasPadam
  8. Saya nk tanya... Apa kelebihan dan kekurangan hand clutch.. Ada kesan kpada kelajuan tak?

    BalasPadam
  9. Pada saya tukar kepada klac tangan lebih ringan untuk gear bawah tapi top nampak sedikit kurang..haha

    BalasPadam
  10. Assalam tuan..Saya nak tanya masalah tentg moto ex5 saya, Saya baru sahaja overhaul tengh bulan lps dan saya sudh tukar clucth plate sekali,tetapi selepas je buat overhaul moto saya meraung apabila saya menukar gear sedngkn seblum overhaul ok je..ke kne tukr auto clucth 1 set..sbb pomen tu ckp magkuk clucth tu ada calar sikit.harap dpt membantu sblm saya pergi repair 😅😅😅

    BalasPadam
  11. Walaikumsalam,salam ramadan.

    Perkara pertama saya cadangkan ialah cuba laras skru terlebih dahulu.tak perlu buka enjin,skru sebelah luar sahaja.

    Jika masalah masih sama barulah buka enjin dan klac yang rosak itu.

    Elok rujuk kembali kepada mekanik yang buat hari itu.

    BalasPadam
  12. Saya nak tanya..moto semput & rasa seperti cdi cut bila rpm sampai 7k..apa yang masalah??

    BalasPadam
  13. Sebenarnya soalan ini lari tajuk klac haus tapi kerana saya menghargai setiap komentar blog saya saya jawab juga la..kalau tiba2 semput tukar plug atau cdi mungkin..

    BalasPadam
  14. Selamat ptg tuan..sya ada beli 125zr 2016 tetapi 1 masalh timbul..bila saya pandu laju, engine akan meraung mcm clutch ditekan tetapi clutch blm ditekan..boleh bantu tuan apa masalahnya tu.

    BalasPadam
  15. Selamat ptg tuan..sya ada beli 125zr 2016 tetapi 1 masalh timbul..bila saya pandu laju, engine akan meraung mcm clutch ditekan tetapi clutch blm ditekan..boleh bantu tuan apa masalahnya tu.

    BalasPadam
  16. Selamat petang.

    Cek atau laras cable clutch dahulu jika tidak berhasil perlu lah digantikan clutch plate baru..

    BalasPadam
  17. Selamat petang tuan
    Berapa kos ye untuk tukar clutch plate?

    BalasPadam
  18. tukar klac plate motor cub tak habis RM 100..

    BalasPadam
  19. Nak tnya ni sy bru tukar cluth tgan mtor ex5 tp ketok2 kt bhagian auto trlalu kuat.ap sbpny ye tuan.tp ble buat cluth stndart bunyiny xda.bleh bg cdangan ap puncanya?

    BalasPadam
  20. Tak tahu macam mana awak buat..

    selalunya orang welding kulit auto dengan mangkuk auto..

    BalasPadam
  21. Sy xwelding,cuma cbut cincin kt auto tu je,lpas tu kunci blik.ow mgkin sbp xwelding ye.xpe2 sy try welding plak

    BalasPadam
  22. salam tuan..saya nak minta pandangan daripada tuan. motor 125 saya ada masalah sikit.waktu saya tekan clutch, enjin mati...tapi bila saya lepaskan balik clutch tu enjin hidup pulak...tq

    BalasPadam
  23. w'salam

    ni masalah lain..biasanya ada kebocoran(angin) pada karburator atau enjin..cek juga kabel choke..

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum tuan nak tanya kalau saya bawa motor sudah di gear 4 tiba2 motor jadi sangkut macam turun gear 3 lepas tu ok balik kena tukar clutch plate ke?

    BalasPadam
  25. w'salam

    tu pun antara tanda-tanda klac sudah habis..terima kasih sharing :)

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum.
    Nk tanya sy pakai motor honda x125
    Bila slow atau nk berhenti motor jdi tersangkut sangkut dn terus mati injin.
    Adakah auto klas problem?

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum,
    Boleh ke klau clutch plate 125zr msuk ke honda wave 100r?
    Klau boleh,ape kelebihan dy?

    BalasPadam
  28. Salam tuan mekanik sy nk bertanya mengenai masalah moto kriss 110 sy npe bila tgh bawa moto x boleh tekan klass ek?tp bila masa tkn gear x d lpskn lg boleh plak main klass n bila tekan kuat trs jd tkr gear?adakah moto kriss 110 mmg cmtu @ klass plate dh hbs?

    BalasPadam
  29. Salam tuan mekanik sy nk bertanya mengenai masalah moto kriss 110 sy npe bila tgh bawa moto x boleh tekan klass ek?tp bila masa tkn gear x d lpskn lg boleh plak main klass n bila tekan kuat trs jd tkr gear?adakah moto kriss 110 mmg cmtu @ klass plate dh hbs?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam tuan

      Tak normal la macam tu tuan..cuba ejas clutch dulu

      Biasanya jadi macam tu clutch rendah

      Padam
  30. Salam Tuan,

    Saya ada Wave 100 dan baru tukar auto clucth housing. tapi bila start enjin masuk gear enjin saya mcm sentak dan mati. kenapa ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Biasanya bearing auto clutch rosak atau washer tak pasang

      Padam
  31. Salam, nak tanya

    Honda ex5 saya masuk gear 1 ok tapi masuk gear 2, dia tersentak. Gear 3&4 ok je. Dan bila berhenti, nak turun gear 4 ke neutral tak boleh. Bagaimana ya?

    BalasPadam
  32. W'salam
    Ni kena buka enjin cek ni bos..takut gear box ja

    BalasPadam
  33. nak tanya, saya dah tukar clutch plate tapi enjin masi meraung bila saya pulas throttle sampai habis. apa problem tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Motor apa tu bos? Kalau motor klac auto,sila tukar auto klac juga.

      Tapi sebelum tu bos boleh cuba ejas klac dulu

      Padam
  34. Assalamualaikum, nak tanya, moto saya ade bunyi yang kurang menyenangkan di dalam enjin, bunyi ni akan ade bila idle, bawa gi bengkel, bengkel kata timing chain dan roller dia, dah tukar, masih ade bunyi lagi. Dan lagi satu, timing susah nak turun bila rem time idle lepas moto berjalan. Minta pencerahan yg pro2. Sekian

    BalasPadam
  35. As'salam. Nak tanya, kenapa enjin moto saya ade menghasilkan bunyi yg kurang menyenangkan macam "tek tek tek tek". Bunyi ni akan ade time idle sahaja, bila engine rev tinggi sikit je dia hilang. Nak kata timing chain dan seangkatannya saya baru sahaja tukar. Ade bersangkut paut dengan clutch plate ke? Pasal bunyi ni memang tak sedap di dengar. Hati rasa gundah gulana je. Minta pencerahan otai2. Sekian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam akmal

      Tak boleh nak jelas secara tepat la tentang bunyi tu sebab kami tak boleh dengar sudah tentu..

      Apa pun cuba ketatkan tepet dulu..




      Padam
  36. Assalamualaikum tuan pomen. Saya pakai dash 110 v3 FI. Ada masalah dkt clutch plate rasanya sbb enjin meraung dan lambat masuk gear. Skrg saya nak tanya apa jenis dan jenama yg terbaik clutch plate ikut bajet dlm rm100 gitu. Clutch plate racing bagus x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam ,
      Terima kasih hadir..

      Cuba ejas klac dulu kalau tak boleh baru tukar plate atau mangkuk auto..
      Tambah duit sikit lagi boleh dapat clutch original..terbaik!

      Padam
    2. Sorry yg sy noobies lagi Bab motor ni. Apa maksud ejas clutch dulu tu? Boleh listkan komponen yg function untuk clutch tak? Nak belajar sikit sambil repair ni.

      Padam
  37. Salam ... tuan ..

    ingin bertanya .. moto yamaha lc135 auto clutch .. ble tekan nk masuk gear, moto rs mcm x free .. sbb bila pulas minyak sambil tekan gear tu, sepatutnya free .. ni terasa moto ke depan lak .. ada problem dengan sistem clutch x kalau jd cmni ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Berkemungkinan klac rendah sangat..tuan boleh minta mekanik laras balik skru klac kat luar sebelah kiri tu..

      Padam
  38. Assalamualaikum,moto sy wave100r..
    Klau msuk clutch spring racing yg lebih pnjg tambah pickup tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam
      Boleh,tapi jangan keras sangat nanti susah masuk gear..

      Padam
  39. ASSALAMUALAIKUM,

    SYA MENGGUNAKAN HONDA WAVE, MASALAH LEPAS GEAR 4 OR TERLEBIH PULAS MINYAK, ADA RASA MCM GESERAN MENOLAK 1-2 SECOND. ADAKAH MASALAH CLUTCH PLATE N AUTO CLUTCH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,terima kasih kerana komentar yang baik :)

      Ya,berkemungkinan besar klac palate habis..tukar klac plate dan tukar auto sekali jika perlu..

      Padam
  40. Assalamualaikum bos. Saya pakai motor lagenda 115zr. Ketika penukaran gear enjing meraung dahulu sebelum masuk ke gear seterusnya. Adakah ini tanda clutch plate habis? Dan perbezaan power sekiranya saya tukar ke manual clutch?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,terima kasih kerana komentar yang baik..:)

      Ya,biasanya itulah tanda clutch dah habis..boleh cuba tukar kepada clutch manual-lebih grip dan ringan motor jalan..tapi berkemungkinan kuasa top sikit menurun

      Padam
  41. assalamualaikumm.. klau lambat tukar klac plate and auto .. adakah die akan efek engine dan lain2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam
      Efek dia pada kita laa..sakit hati ja motor lembap nak gerak..apa pun terima kasih kerana hadir..:)

      Padam
  42. Selamat mlm tuan
    .
    Nk tanya.. Kalau sy menukar sproket std 36 turun gigi 33.. Adakah dy memganggu sistem klac.. Dan apakah efeknya pda klac..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat malam..takapa bos setakat turun 3 mata,jangan kecik sangat sudah.Kalau selalu bawa berat saya syorkan kekalkan spoket standard.

      Ok,terima kasih hadir dan komen :)

      Padam
  43. Salam tuan;

    1) Saya baru membeli motor Demak Skyline second hand. Saya telah rendahkan fork depan semaksimum yg boleh. Tapi timbul masalah bila nk tongkatkan motor. Boleh tuan cadangkan cara penyelesaian?

    2) Susah nak free free gear atau nak turun gear. Boleh tuan cadangkan cara mengatasinya?

    Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam
      Terima kasih hadir ke blog ini.. :)
      Jawapan saya

      1-cuba tukar tongkat pendek

      2-cuba ejas klac atau selanjutnya guna spring klac yang berpada kerasnya

      Padam
  44. motor sy 135lc 4speed ad masalah pd enjin, bila idle bunyi kasar, lampu kepala skejap terang skejap malap. masa pandu tak pyh lepas throttle pun bleh msuk gear (sblum ni kna lepas throttle dlu). adakah masalah clutch plate atau coil magnet?

    BalasPadam
  45. masuk clutch tangan kt wave 125 boleh ke ? ada pape effect tak ?

    BalasPadam
  46. Assalam bos motor saya masuk gear 1 pastu rasa bergetar clutch plate dh haus ke? auto clutch problem?

    BalasPadam
  47. Salam Tuan,
    Sy ign b'tanya.. Sblum ni enjin 'meraung' petanda clutch abis..awalnya masih boleh hidupkan moto lg tp skrg starter kick tu jd ketat bila nk hidupkan moto.. Adakah petanda clutch tu dh rosak terus & cara t'baik mbaikinya.. Tq Tuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam tuan

      Ya itu antara tanda clutch dah hilang cengkaman..
      Tukar clutch plate baru

      Terima kasih kembali

      Padam
  48. Salam tuan.. 125 sy kadang2 masuk gear 1 xleh... Ada masa tgh masuk gear 2 baru nak lenjan tiba2 drop normal... Clutch plate ke?... Moto pun mcm kurang pickup dh.. Top ad lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam tuan

      Ya elok buka clutch check tengok kalau perlu tukar clutch plate..dan susun ikut standardnya

      Padam
  49. salam tuan.nk tnye.sye pkai lc135.klau dh tukar klac plate..stil berat lg..pe mslh nyer? dh 2 kali tukar..pomen kate klac terbakar coz minyk itam xsupport..pkai motul dh..tp kne blk..de sebab plug or lain2..mintk tlg tuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Bos cuba ni..
      Gantikan plug dan laras balik angin karburator

      Juga rendahkan clutch sikit
      (Skru luar)

      Padam
  50. Berapa kos kalau nak tukar clutch plate ye, yamaha lagenda SRL 115Z...selain clutch plate standard, clutch plate jenama apa yg sesuai untuk yamaha SRL115z..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kos tukar clutch plate shj lagenda bawah rm100 siap.
      brand FCC japan pun bagus

      Padam
  51. Assalam tuan sya nak tanya . Kenapa sya punya motor 123 . Dari gear 3 masuk gear 4 bila bawak laju je gear mcm free tk boleh jalan . Kalau bawak pelahan okey je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam tuan

      Tu antara tanda-tanda clutch habis

      Padam
  52. Bos saya nak tanya kenalak bila masuk gear 3 atau 4 klau terus pulas minyak dia mcm sngkut sikit kat rantai masa tengah speed pon jdi gak.... moto ex5

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalah luaran kot bos..check rantai spoket depan baik2

      Padam
  53. Salam tuan nak tanya,moto honda ex5 sy bila masuk dan tekan gear xboleh rem dan terus berjalan walaupun gear sy tengah tekan..mohon pendapat tuan,apa masalah yea..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam tuan

      Tu masalah clutch tak ada free..boleh cuba tinggikan clutch dulu..awas spring racing!

      Padam
  54. Assalamualaikum. trima kasih atas perkongsian. saya ingin bertanya, honda dash v1 atau motor motor 4 lejang boleh tukar clutch plate y125zr tak? maksudnya, masukkan clucth plate lain dari yang asal. apa pendapat anda?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,terima kasih kerana sudi kemari..

      Tak ada maslah jika ngam kadang lebih baik dari standard.Ramai juga orang buat klac macam tu..

      Padam
  55. salam. saya pakai kriss 2 110. motor dlm keadaan free gear, bila tekan gear lever (x masuk gear lagi), sekadar tekan, ada bunyi bising/gegaran pada gear lever. begitu juga bila nak masuk gear 2,3,4 atau tukar gear. ada kaitan dengan sistem klac ke?

    BalasPadam
  56. Salam.. motosikal saya ada bunyi mcm hentakan apabila menukar gear..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam
      Rantai kendur atau getah hub spoket habis kalau bahagian dalaman pula ialah masalah klac

      Padam
  57. Nak tanya, motor lc v1 masa tgh bwk nk masuk gear 4 moto nk mati n masa berhenti kalau masuk gear 4 moto trus mati..knp ye? N satu meter tiba2 xde power lampu semua xnyala termasuk starter xleh guna..apa ye masalah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya macam gini punca dia bateri.caj atau gantikan bateri baru sebabnya lc dia kena bateri kuat,kalau tak enjin pun tak kuat dan mati

      Padam
  58. Assalamualaikum...Sya nk bertanya...Klau pasang clutch tgn pada motor auto clutch ada effect apa2 x..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam
      Dari apa yang orang bagitau lepas wat klac tangan diorang cakap motor ringan pickup..tapi top kurang katanya..

      Padam
  59. Salam.

    Baru baru ni saya baru je tukar spark plug Iridum & gantikan clutch plate yg baru utk motor Y15ZR saya. Kondisi standard.

    Selepas saya tukar clutch plate & plug, saya nak masuk gear 4 & 5 dia mcm tak pick up mcm biasa. Kenapa ye? Mohon pencerahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Bos kene pakai seminggu dulu tengok..biasa la klac baru.plug tu kalau boleh pakai yang biasa ja seperti sebelum ini

      Padam
  60. salam.
    bos kenape motor saye bawa slow die tibe2 free gear bile rem ade gear....lepastu tibe jd klac mati..kejap ade kejap xde cluch mati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam
      Kene buka klac..cek auto sama plate klac

      Padam
  61. Salam...motor ex5 sy xlarat meraung..pomen ckp tukar cluth..bila dh siap tukar cluth masalah lain plak timbul..bila free gear mcm dlm gear lg...pastu ad bunyi tek tek tek..pomen ckap kena bukak enjin...padahal sebelum tukar cluth ok ja..xdak bunyi pa pn..free gear pn ok..esok nya bunyi mcm benda bergesel kuat sangt...bila nk start enjin pn bunyi bnda bergesel tu...minta penjelasan tuan

    BalasPadam
  62. Saya pakai suzuki rgv 120 bila tukar gear 5 macam motor nak mati aje..mohon penjelasan tuan..

    BalasPadam

Salam pembaca,

Silakan berkomentar dengan bijak untuk manfaat diri anda dan semua orang.komen yang ada unsur negatif dan tidak relevan dengan tajuk artikel terpaksa di alih keluar.maaf kerana kesulitan itu.
Jika ada sebarang pertanyaan lain sila lihat halaman 'contact saya'

Jika soalan anda sukar diterjemahkan dengan tulisan anda boleh hantar video kepada kami,baca link dibawah ini

https://www.baikimotor.com/2018/04/motor-ayam-channel-video-permotoran.html?m=1


Sekian,terima kasih.