![]() |
Test spark plug |
Spark plug OK ataupun tak
Salam semua pengguna motor,
Postingan kali ini ialah mengenai cara uji spark plug(palam pencucuh) samada ok ataupun tak.Boleh pakai atau tidak,boleh guna atau tak boleh satu isu yang akan dikupas sebentar nanti
Jangka hayat plug agak lama kalau kita tahu,ia boleh mencapai sehingga bertahun lamanya bagi sebuah motosikal yang elok kondisinya.Bagi motosikal yang bermasalah pula hayat plug mungkin lebih singkat atau lebih parah hanya untuk beberapa ketika sahaja.Jangka hayat dimaksudkan disini ialah jangkamasa sehingga sampai ke satu tahap ia tidak lagi boleh digunakan atau kita panggil 'rosak'
punca plug rosak
1.Setting karburator tak betul
2.Oil seal crankshaft bocor > untuk motosikal 2 lejang sahaja
3.kerosakan pada sistem nyalaan
4.jangka hayat tamat
Punca Plug rosak ialah disebabkan beberapa hal seperti kerosakan sistem nyalaan pada motosikal dan juga akibat kesan pembakaran.Pembakaran yang tidak sempurna akan merosakan plug,bermakna plug tidak boleh lagi digunakan
Plug rosak tidak lagi berupaya mengeluarkan api(nyalaan) yang cukup untuk pembakaran;(mengikut pemahaman mudah saya).
Malahan sesetengahnya langsung tidak mengeluarkan api dan menyebabkan enjin motosikal tak mahu hidup
Sesungguh cara ini agak rakus untuk dipratikkan tapi inilah teknik lihat api plug untuk kita pengguna motosikal boleh guna.Ia masih lagi dipakai bagi kebanyakan mekanik di bengkel motosikal,ternyata ia adalah satu teknik yang berkesan tambahan pula anda mempunyai pengalaman.OK,mari kita cek api plug motor kita..
Cara menguji api plug
Perkara pertama dilakukan anda perlu buka plug keluar kemudian
Sambung plug pada kepala plug dan shotkan pada body enjin atau body motor untuk melihat nyalaan plug.Warning!! Jangan pegang pada badan plug,pegang pada wayar coil yang mempunyai penebat untuk mengelak terkena renjatan elektrik.tendang penghidup enjin atau tekan penyetat enjin,dan dalam masa yang sama shotkan plug pada body
Plug yang ok akan mengeluarkan spark(bunga api) apabila di sotkan malahan apinya kelihatan agak jelas kebiruan.Bagi plug yang tak OK api plug kelihatan halus dan kadang-kala bewarna merah atau langsung tidak ada
Play video_test spark plug
Spark plug boleh menyalurkan arus elektrik setinggi 12000-25000volts
Terkadang ia boleh mencapai setinggi 45000volts
Anda boleh tukar kepada plug baru jika plug bermasalah.Jika masih tidak mengeluarkan api ia bukan masalah pada plug tersebut,ia mungkin berpunca dari lain yakni pada sistem nyalaan.
10 ulasan:
plug yg bgus utk motor..selain ngk g power
G power memang power!
berpunca dari lain yakni pada sistem nyalaan.
sistem nyalaan tu mcm mana ye? mintak pencerahan
Oh maaf..maksud saya komponen nyalaan lain seperti starter coil,cdi,plug coil malahan wiring itu sendiri..
Akan diperbetulkan tulisanya nanti..
hi...saya pengguna Motorcycle Ex5 ....nak tanya.. saya baru cuci motor hari kelmarin...motor masi steady..tapi keesokan harinya susah nak hidupkan...tapi plug ada api..carburetor dah servis...tapi masih tak boleh hidup....Bantu orang susah ni
Hi,ya saya cuba bantu anda dan maaf mungkin agak terlewat balas komen ini kerana kesuntukan masa dalam minggu ini..
Pendapat saya berkemungkinan motor tuan hadapi masalah elektrik short..2 cara boleh selesaikannya iaitu gunakan air blow gun-tembak angin pada mana soket penyambung wayar.
Ke-2 kalau tak mahu hantar bengkel,tuan boleh 'jemur' motor kat tengah panas tapi ambil lebih masa untuk pulih..
Harap dapat diselesaikan
Salam sye ingn brtnye moto ex5 high power sye sllu trbkr coil api magnet..sye tkr baru plng lme 2 mggu msti trbkr blk..wiring,magnet,cdi,coil api sye tkr 1 set dgn papan dia..tp mslh sye ttp sme..coil api ttp cpt trbkr...ape yg prlu sye buat? Sila bg tnjk ajar admin
Walaikumsalam
Jarang berlaku macam ni dan memang perlukan pemeriksaan menyeluruh..cadangan saya baik tuan periksa sambungan wayar betul(warna) dan tak ada yang luka..kalau seme rasa ok cadangan saya cuba tukar kunci
Harap dapat diselesaikan
Baru tukar coil magnet..carbon brush starter..coil plug..plug baru..masih x hidup..cdi masih guna yg asal..agak2 masalah apa lagi en pomen..lagi satu..plug bile test kt body lnsg x de percikan api...😓
Motor apa ni?
Try buka atau direct switch
Catat Ulasan