Cara pam tayar motosikal sendiri menggunakan pam angin kompressor



Gambar pam kaki
Pam kaki


Belajar pam tayar motosikal sendiri menggunakan pam angin kompressor dan Pam tangan


Assalamualaikum,mari belajar cara guna pam untuk tayar motosikal sendiri.Dua jenis pam yang biasa untuk pengguna motosikal ialah  pam tangan dan pam angin kompresor,ada pula
pam kaki yang semakin popular kegunaannya bagi pengguna motor pada masa sekarang ini

Gambar pam tangan
Pam tangan

Gambar Pam mudah alih
Mudah dibawa kemana-mana



Pam tangan satu pam yang ringan dan mudah dibawa untuk kemana-mana.cara guna pam tangan dimulai perkara pertama iaitu kepala pam.setiap kepala pam jenis guna tenaga sendiri ini harus ada pengunci seperti ditunjukan pada gambar.letak kepala pam pada kepala tiub lalu tekan sedikit dan kunci.Setelah itu barulah anda boleh masukan angin tayar,guna pemegang pam dan terus pam secara turun naik sehingga angin tayar motosikal anda penuh.Punca pam tidak masuk ialah kepala pam tidak ditekan dahulu sebelum dikunci.
Untuk keselesaan tunggangan perlu ada keseimbangan sukatan angin tayar.kebiasaan angin tayar depan kurang daripada angin tayar belakang
Sukatan ideal bagi tayar motosikal cub bawah 125cc ialah 15 hingga 21 dan bagi tayar belakang ialah 21 hingga 30psi
Gunakan tolok penyukat untuk mendapat ketepatan.





Gambar sebuah Pam angin kompressor
kompressor


Pam kompresor ialah pam angin jenis automatik dijana kuasa elektrik.sejenis pam yang paling mudah digunakan tanpa membebankan tenaga pengguna.angin yang dihasilkan dari kompresor membenarkan penggunaan angin yang kuat dan berterusan.Ini jenis pam pilihan utama kedai atau bengkel motosikal.


kelemahan pam kompresor ialah ia tidak mudah dibawa merata kerana terlalu berat dan menggunakan elektrik.untuk menggunanya hanya perlu menekan kepala pam itu pada kepala tiub dan tahan untuk memasukkan angin sebanyak mana diingini.Ketika isi angin tayar motosikal pakai pam jenis ini harus berhati-hati kerana ia memasukan angin dengan cepat kuat dan boleh mengakibatkan kejadian tiub atau tayar pecah.



Tiada ulasan: