Projek restorasi pada bulan ini ialah motosikal Honda ex5 lama kepunyaan Adik Mat seorang pelanggan tetap Marmanworkshop
Honda miliknya ialah jenis ex5 power dibelinya dalam tahun 1998-1999Setelah sekian lama beliau pakai untuk ulang-alik kerja akhirnya sampai masa
beliau mahukan motosikal yang sudah tua itu menerima wajah baru yang lebih sensasi sesuai dengan peredaran zaman
Untuk motosikalnya harus dibaik-pulih keadaan rupa dan enjinnya secara menyeluruh yang saya sebut projek restorasi..
Oleh kerana ini ialah projek restorasi yang pertama ditulis dalam blog belajar baiki motor ini saya akan cuba terangkan lebih detail sedikit tentang semua proses yang dilalui untuk menyiapkan motosikal ex5 lama ini
Sebelum itu lihat dahulu keadaan asal motosikal ini sebelum projek restorasi bermula,lihat cat asalnya yang dah pudar,sarung tempat duduk yang koyak dan banyak kompenon serta skru-skru yang sudah berkarat..
![]() |
Pandangan sisi motor |
![]() |
Pandangan depan motor |
Mula projek restorasi
Sekarang tiba masa mulakan projek dengan step 1; meleraikan kompenon-kompenon motosikal_Setiap kompenon akan dilerai satu-persatu untuk memudahkan kerja membersih dan mengecat dijalankanLihat gambar longgokan kompenon motor ex5 di bawah yang sudah dilerai
![]() |
Kompenon motosikal yang sudah dilerai |
Setelah itu baru saya melakukan kerja membuang cat lama pada motosikal ex5 me rah tersebut
Kerja-kerja yang sedikit rumit,setiap inci bahagian harus dibersihkan untuk mendapatkan hasil yang hasil mengecat yang lebih baik
Pelbagai cara saya gunakan termasuk mengikis,menggunakan Asid dan berus grander untuk membuang cat yang sudah lama melekat pada motosikal tersebut
![]() |
Proses membuang cat |
Play video
Setelah selesai kerja membuang cat selesai semua kompenon motor itu dicuci bersih sekali lagi dengan menggunakan air sabun dan air bersih
Semua barang itu digosok dan dicuci pakai kertas pasir .proses membersih dari awal hingga selesai mengambil masa 3 hari
![]() |
Kompenon yang sudah siap dibersihkan |
Saya bermula dengan mengecat barang-barang kecil dahulu seperti cover enjin,sport rim/rim,pemijak kaki,tongkat dan sebagainya
Kemudian baru mengecat bahagian utama iaitu badan dan kulit motor
Cara melapis cat
Mengecat itu sendiri melalui 4 lapisan,yang pertama ialah semburan antikaratYang kedua ialah lapisan pertama/undercoat, yang ketiga warna dan pengabisan ialah clear
![]() |
Semburan anti karat |
![]() |
Lapisan warna |
Untuk motosikal ini tuan empunya mahukan warna asal ditukar kepada warna biru 2k dan untuk dipadankan dengannya saya telah cadangkan agar sport rim di cat dengan warna emas
![]() |
Sport rim |
Proses dari mula melerai kompenon motosikal ini sehingga proses mengecat selesai mengambil masa kurang dari 2 minggu sebelum step 5 iaitu proses pemasangan balik seluruh kompenon
Dimana step 4; ia adalah proses membaik-pulih enjin.Pada motosikal ini ia tidak banyak yang perlu dibaiki kerana kondisi enjin motosikal ini masih dalam keadaan baik lagi,tiada yang rosak cuma hanya menukar clutch plate yang baru untuk menambah kelancaran enjin
Projek siap!
Setelah melalui kesemua 5 step dengan kerumitan dan kepayahan akhirnya saya berjaya juga siapkan projek restorasi ex5 power milik Adik Mat
Motosikalnya telah berubah warna dari merah dah pudar itu menjadi warna biru yang menawan
![]() |
Warna dilapis clear untuk menambah ketahanan dan menyerlahkan warna |
Kompenon siap dipasang
Ada juga kompenon yang besar ditukar kepada baru seperti ekzos dan absorber belakang kerana terlalu teruk untuk
direstorasi.Pada saya jika harga merestorasi sesuatu kompenon lebih mahal dari yang sepatutnya saya akan sarankan kepada pemilik supaya menukar kompenon tersebut kepada baru sahaja kerana ia sudah tentu dapat menjimatkan masa dan poket mereka
Okey,anda boleh lihat kedua-dua gambar dibawah diantara rupa asal motor ini dengan yang sudah siap direstorasikan oleh Marmanworkshop
![]() |
Rupa asal |
![]() |
Wajah baru ex5 power |
Projek restorasi motosikal ex5 lama ini mengambil masa 2 minggu dan kos keselurahan ialah RM 1200 termasuk upah yang saya terima daripada ownernya Adik Mat.Terima kasih kepada Adik Mat semoga dia gembira dengan motosikal barunya..terima kasih juga kepada anda yang sudi membaca semoga berjumpa lagi pada projek restorasi akan datang,insyaallah kalau ada rezeki...
Salam abg mad, kat mana kedai sebb nk hantar moto ex5 high power nanti, utk setting balik moto tuh, boleh tggalkan no dan alamat kedai tak abg mad?
BalasPadamW'salam.
BalasPadamBengkel saya kat Kuala terengganu.
Boleh cek di halaman contact saya..terima kasih