Projek restorasi motosikal Honda ex5 lama


Projek restorasi pada bulan ini ialah motosikal Honda ex5 lama kepunyaan Adik Mat seorang pelanggan tetap Marmanworkshop

Honda miliknya ialah jenis ex5 power dibelinya dalam tahun 1998-1999
Setelah sekian lama beliau pakai untuk ulang-alik kerja akhirnya sampai masa
beliau mahukan motosikal yang sudah tua itu menerima wajah baru yang lebih sensasi sesuai dengan peredaran zaman

Untuk motosikalnya harus dibaik-pulih keadaan rupa dan enjinnya secara menyeluruh yang saya sebut projek restorasi..
Oleh kerana ini ialah projek restorasi yang pertama ditulis dalam blog belajar baiki motor ini saya akan cuba terangkan lebih detail sedikit tentang semua proses yang dilalui untuk menyiapkan motosikal ex5 lama ini

Sebelum itu lihat dahulu keadaan asal motosikal ini sebelum projek restorasi bermula,lihat cat asalnya yang dah pudar,sarung tempat duduk yang koyak dan banyak kompenon serta skru-skru yang sudah berkarat..


Pandangan sisi motor

Pandangan depan motor


Mula projek restorasi

Sekarang tiba masa mulakan projek dengan step 1; meleraikan kompenon-kompenon motosikal_Setiap kompenon akan dilerai satu-persatu untuk memudahkan kerja membersih dan mengecat dijalankan
Lihat gambar longgokan kompenon motor ex5 di bawah yang sudah dilerai


Kompenon motosikal yang sudah dilerai


Step 2; membersihkan kompenon-kompenon dari kotoran minyak,tanah dan debu yang melekat padanya.semua dicuci dan bersih menggunakan minyak tanah dan air
Setelah itu baru saya melakukan kerja membuang cat lama pada motosikal ex5 me rah tersebut
Kerja-kerja yang sedikit rumit,setiap inci bahagian harus dibersihkan untuk mendapatkan hasil yang hasil mengecat yang lebih baik
Pelbagai cara saya gunakan termasuk mengikis,menggunakan Asid dan berus grander untuk membuang cat yang sudah lama melekat pada motosikal tersebut


Proses membuang cat


                     
Play video

Setelah selesai kerja membuang cat selesai semua kompenon motor itu dicuci bersih sekali lagi dengan menggunakan air sabun dan air bersih
Semua barang itu digosok dan dicuci pakai kertas pasir .proses membersih dari awal hingga selesai mengambil masa 3 hari


Kompenon yang sudah siap dibersihkan


Step 3; proses mengecat bermula
Saya bermula dengan mengecat barang-barang kecil dahulu seperti cover enjin,sport rim/rim,pemijak kaki,tongkat dan sebagainya
Kemudian baru mengecat bahagian utama iaitu badan dan kulit motor

Cara melapis cat

Mengecat itu sendiri melalui 4 lapisan,yang pertama ialah semburan antikarat
Yang kedua ialah lapisan pertama/undercoat, yang ketiga warna dan pengabisan ialah clear


Semburan anti karat

Lapisan warna


Untuk motosikal ini tuan empunya mahukan warna asal ditukar kepada warna biru 2k dan untuk dipadankan dengannya saya telah cadangkan agar sport rim di cat dengan warna emas


Sport rim


Proses dari mula melerai kompenon motosikal ini sehingga proses mengecat selesai mengambil masa kurang dari 2 minggu sebelum step 5 iaitu proses pemasangan balik seluruh kompenon

Dimana step 4; ia adalah proses membaik-pulih enjin.Pada motosikal ini ia tidak banyak yang perlu dibaiki kerana kondisi enjin motosikal ini masih dalam keadaan baik lagi,tiada yang rosak cuma hanya menukar clutch plate yang baru untuk menambah kelancaran enjin


Projek siap!

 Setelah melalui kesemua 5 step dengan  kerumitan dan kepayahan akhirnya saya berjaya juga  siapkan projek restorasi ex5 power milik Adik Mat 
Motosikalnya telah berubah warna dari merah dah pudar itu menjadi warna biru yang menawan


Warna dilapis clear untuk menambah ketahanan dan menyerlahkan warna

Kompenon siap dipasang

Ada juga kompenon yang besar ditukar kepada baru seperti ekzos dan absorber belakang kerana terlalu teruk untuk
 direstorasi.Pada saya jika harga merestorasi sesuatu kompenon lebih mahal dari yang sepatutnya saya akan sarankan kepada pemilik supaya menukar kompenon tersebut kepada baru sahaja kerana ia sudah tentu dapat menjimatkan masa dan poket mereka

Okey,anda boleh lihat kedua-dua gambar dibawah diantara rupa asal motor ini dengan yang sudah siap direstorasikan oleh Marmanworkshop


Rupa asal


Wajah baru ex5 power


Projek restorasi motosikal ex5 lama ini mengambil masa 2 minggu dan kos keselurahan ialah RM 1200 termasuk upah yang saya terima daripada ownernya Adik Mat.Terima kasih kepada Adik Mat semoga dia gembira dengan motosikal barunya..terima kasih juga kepada anda yang sudi membaca semoga berjumpa lagi pada projek restorasi akan datang,insyaallah kalau ada rezeki...

2 ulasan:

couze mat berkata...

Salam abg mad, kat mana kedai sebb nk hantar moto ex5 high power nanti, utk setting balik moto tuh, boleh tggalkan no dan alamat kedai tak abg mad?

Mad Malaysia berkata...

W'salam.

Bengkel saya kat Kuala terengganu.
Boleh cek di halaman contact saya..terima kasih