Keperluan asas buka bengkel motor simple

Keperluan asas bukak bengkel motor simple

Alahamdulillah jika ada niat nak buka bengkel motor saya ucapkan tahniah kepada anda,mari kita sama-sama berjuang dalam bidang menyeronokan ini..amin..

Keperluan asas bukak bengkel motor simple

Bagi aku keperluan asas bukak bengkel motor simple saja,apa yang mustahak bekalan dalam diri seperti ilmu kemahiran,sedikit
pengalaman kerja,niat dan azam yang betul.

Tak ada perkara ni ada modal pun tak dapat nak mula buka bengkel
Oleh kerana sebab ini ada di antara pemula sanggup pergi kursus-kursus yang oleh pihak tertentu,pihak kerajaan misalnya
Supaya apa? Supaya tidak akan jadi projek terbengkalai..

Okay,jom kita jengok benda-benda asas yang disebut keperluan ini
Hanya ada 2 perkara saja yang utama

Alatan yang perlu untuk membuka bengkel motor

Ini termasuk spanar-spanar mekanik ,mesin Grander,Drill,kompressor angin dan sebagainya. Tak perlu yang canggih-canggih(no cap ayam) asalkan cukup sudah..

Grander

Stok alat ganti permulaan

Alat ganti yang wajib ada buat permulaan dalam bengkel motor ialah tiub ,tayar,brake,mentol,minyak pelincir,minyak 2t ,rantai spoket,dan sedikit kabel minyak dan brake. Adakan alat-ganti ini mengikut mengikut jenis motosikal

Spoket

2 perkara ini saja yang penting untuk bermula sebenarnya
Tak perlu pening kepala nak penuhkan stok bengkel kerana stok tak pernah cukup dan Jika ada modal lebih ia adalah bonus untuk anda.

Masuk stok barang yang wajib dulu ya kalau tak susah nak buat kerja kena keluar ke kedai sparepart selalu. Customer pun tak suka kalau macam tu gayanya.

Lagi kalau buat kerja sorang kat bengkel kena tutup dulu untuk ke sparepart, susah abang kann.

Kos sewa bengkel, api dan air

Kalau nak sewa tapak bengkel kena standby la 3-6 modal termasuk bayar kos sewa tapak bengkel, bayar api dan bil air. Cuba dulu tapak 3 bulan kalau tak larat bayar chow la abang kann, cari tapak lain.

Yang penting bagi aku mulakan dulu berniaga kemudian terus belajar selok belok perniagaan(aku sendiri pun tengah belajar lagi) seperti dimana nak cari pembekal yang baik,cara kira upah kerja dan cara meningkatkan mutu kerja..Cari jalan tambah modal lagi

Cakap pomen; harap bermanfaat untuk anda terus buka bengkel motor, yakin boleh abang..selamat maju jaya!”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *