Keperluan asas bukak bengkel motor simple


Keperluan asas bukak bengkel motor simple

Alahamdulillah jika ada niat nak buka bengkel saya ucapkan tahniah kepada anda,mari kita sama-sama berjuang dalam bidang menyeronokan ini..amin..

Keperluan asas bukak bengkel motor simple




Bagi aku keperluan asas bukak bengkel motor simple saja,apa yang mustahak bekalan dalam diri
Seperti ilmu kemahiran,sedikit
pengalaman kerja,niat dan azam yang betul.
Tak ada perkara ni ada modal pun tak dapat nak mula buka bengkel
Oleh kerana sebab ini ada di antara pemula sanggup pergi kursus-kursus yang oleh pihak tertentu,pihak kerajaan misalnya
Supaya apa? Supaya tidak akan jadi projek terbengkalai..

Okay,jom kita jengok benda-benda asas yang disebut keperluan ini
Hanya ada 2 perkara saja yang utama

1- peralatan kerja
Ini termasuk spanar-spanar,mesin Grander,Drill,kompressor angin dan sebagainya
Tak perlu yang canggih-canggih(no cap ayam) asalkan cukup sudah..


Grander


2- Alatganti
Alat ganti yang wajib ada buat permulaan dalam bengkel motor ialah tiub ,tayar,brake,mentol,minyak pelincir,minyak 2t ,rantai spoket,dan sedikit kabel minyak dan brake
Adakan alat-ganti ini mengikut mengikut jenis motosikal


Spoket


2 perkara ini saja yang penting untuk bermula sebenarnya
Tak perlu pening kepala nak penuhkan stok bengkel kerana stok tak pernah cukup dan Jika ada modal lebih ia adalah bonus untuk anda
Yang penting bagi aku mula berniaga dan terus belajar selok belok perniagaan seperti dimana nak cari pembekal yang baik,cara kira upah kerja dan cara meningkatkan mutu kerja..

Cakap pomen; harap bermanfaat untuk anda terus bukak bengkel motosikal"

Tiada ulasan: