Cerita clutch plate terbaik untuk motosikal

Nak cerita mengenai clutch plate terbaik untuk motosikal..

Melalui pengalaman aku,bermacam jenis clutch plate pernah aku pasang pada motosikal customer dari jenis biasa,original dan racing
Yang kita ketahui menukar clutch plate motosikal harus pengguna lakukan apabila mana clutch plate motosikal rosak atau telah haus
Clutch plate rosak menyebabkan motor hilang prestasi/tidak bertenaga seperti keadaan asalnya


Yang dikatakan terbaik kita ambil kira dengan faktor prestasi dan ketahanan melalui cara tunggangan biasa(×lumba)
Jangan lupa juga faktor harga..


Yang biasa_menjadi pilihan utama customer yang nak save duit tentunya kerana harganya murah contoh motor ex5/Honda c70 harganya antara RM 15-25 satu set(tak termasuk upah pasang)
Performance: rendah
Ketahanan:kurang(3-6 bln)

Yang original_kurang ada peminat kerana harganya mahal kecuali yang mengetahuinya sahaja
Harga sekeping clutch bagi Yamaha 125z /rxz diantara RM 12-25
Prestasi: tinggi
Ketahanan: terbaik (lebih 1 thn)

Yang racing pula_tak tahu la,tak pernah jumpa lagi yang sepadan dengan namanya melainkan nama hanya samaran
Info:motosikal racing menggunakan clutch original dari kilang pengeluar

Clutch plate original


Diantara ketiga-tiga jenis clutch plate ini aku sarankan jenis original kepada customer
Jadi clutch plate yang terbaik untuk motosikal anda boleh menentukan..

Cakap pomen; mahal tak mengapa asal terbaik"

Tiada ulasan: