![]() |
Minyak hitam Yamaha |
Salam semua,
Apa fungsi minyak hitam?
Sedikit pengetahuan untuk Rider baru_Minyak hitam ialah minyak pelincir atau 4t oil yang fungsinya untuk menjaga sistem operasi enjin daripada mengalami masalah kekejangan atau kehausan komponen akibat geseran semasa enjin berputar
Penggunaan minyak hitam dapat melicinkan perjalanan mekanisma di dalam enjin seperti piston dan rod,clutch serta kotak gear.
Minyak hitam akan masuk disetiap celah dan rongga didalam enjin untuk menstabilkan suhu dari panas lampau.Kerana itu minyak hitam perlu diisi pada sukatan yang betul.Dan juga perlu minyak hitam yang berkualiti untuk kelancaran dan penjagaan enjin ke tahap maksimum.
Kandungan bahan dalam minyak hitam
Minyak hitam berkualiti mempunyai sejenis pelarut yang dapat membinasakan sisa-sisa serta habuk-habuk besi yang berbahaya.kandungan bendasing di dalam enjin boleh merpercepatkan proses kehausan clutch,bearing,gigi-gigi gear juga piston dan selinder.Haus ialah sintom awal kerosakan enjin.
Pelincir yang dibuat berasaskan petroleum(Vaseline) mempunyai pelarut yang dapat melarut bahan seperti getah dan plastik.Getah dan plastik ini selalu dijadikan bahan dalam pembuatan clutch serta oil seal.Ini bermakna pelincir jenis ini bagus untuk menjaga clutch.
Pelincir yang berasaskan air pula lebih berkesan untuk melarut bahan kimia seperti kotoran.(sumber:wikipedia.)
Kegunaan minyak hitam pada enjin motor
Minyak hitam adalah untuk kegunaan motosikal 4 lejang sepenuhnya_seperti Honda ex5,Lc135 atau Modenas kriss
Berlainan pula dengan motor 2 lejang seperti Yamaha rxz,125z atau Kawasaki RR yang menggunakan minyak 2t dan 4t sekaligus
Tips pilih minyak hitam
Ya,memang kita tahu minyak hitam sintetik
adalah terbaik tetapi harus diingat harga minyak ini diantara RM 40 sehingga beratus pun ada dipasaran
Tips bagi yang kurang berkemampuan anda boleh memilih 4t semi sintetik, ia amat bagus berbanding minyak hitam mineral
minyak hitam terbaik untuk motosikal cub ialah semi sintetik
yang bagus perfomanya lagi berpatutan pula harganya
Minyak hitam untuk motor
Mahu pakai yang mana satu untuk motor kerana bermacam pilihan adanya.Jawapan saya adalah hanyak berpandukan kod cair atau pekat minyak itu lebih utama.Jika pakai minyak single gred saya syorkan minyak hitam dengan lebal kod SAE30 dan multi gred ialah dengan angka 20w 40 atau kalau ada pilih 25w 40.Ini adalah minyak hitam paling sesuai diguna pakai pada motor cub bawah 250cc di negara ini.
Baca juga: pilincir multigred
Terbaru,pihak pengeluar motosikal seperti Yamaha,Honda telah siap sedia produk mereka sendiri bermakna tak susah lagi mahu buat pilihan,silakan ikut saja pengeluar Yamaha pakai minyak Yamaha dan Honda guna minyak hitam untuk Honda.
Minyak 4-stroke manual
Motor 4-stroke ini,keseluruhan kawasan dalam enjinnya dialirkan minyak kecuali di kebuk pembakaran.Hal ini menyebabkan pemilihan minyak hitam agak cerewet kerana banyak komponen perlu dijaga.
Setiap komponen pula tak sama kelikatan minyak yang diperlukan contohnya pada bahagian gear box mahukan minyak lebih pekat yang melekat pada gear dan minyak yang cair dapat melalui oil pump dengan cepat ke bahagian head cylinder.
Pada waktu suhu enjin sejuk minyak agak perlahan mengalir menunggu beberapa waktu untuk sampai ke head cylinder dan block seperti yang berlaku pada permulaan enjin.Kecepatan pelincir sampai boleh meminimumkan terjadinya kerosakan pada bahagian itu.
Satu ruangan enjin 4-stroke manual menggunakan satu botol minyak hitam saja jadi perlulah minyak yang serba guna untuk komponen berlainan.Jangan lupa juga minyak itu juga bagus pada permulaan enjin,semasa enjin operasi dan setelah dimatikan suis.
- Clutch
- Gearbox
- Piston/block
- Pump oil
- Bearing
Apa yang penting ialah mendapatkan lebih kuasa enjin tanpa korbankan ketahanan.
Sekarang ini setiap motor cub baru telah dilengkapi dengan enjin berprestasi tinggi,sudah tentu minyak hitam berprestasi tinggi juga diperlukan seperti minyak synthetic.
Tapi waspada jika design enjin itu masih ketinggalan saya tidak syorkan guna pakai pelincir synthetic sebabnya minyak ini agak tajam dan halus.’makan minyak hitam’ itu yang kita tak mahu kecuali pada motor 2-stroke dilindungi oilseal.
Ok rider baru setelah faham fungsi minyak hitam sekarang bolehlah memilih minyak hitam yang mana sebagai pelincir terbaik untuk enjin motor.
Cakap pomen.”,tukar minyak hitam sebulan sekali pasti motor tahan lama”..
Tumpang bertanya, minyak apa terbaik utk long distance LC135? Saya ulang-alik 30km waktu keje. Kadang2 hujung minggu pi seremban 90km.
Yamaha sila pakai yamalube..kalau mahu pakai yang lain perlu faham kreteria minyak hitam itu..saya pun ada tulis dalam post terdahulu..:)
Bos nk tnya mtor honda wave 110 mnyak hitam mna yg sesuai…
Pakai minyak honda..