Rider baru! APA fungsi minyak hitam?

Http://baikimotor.blogspot.com
Minyak hitam Yamaha


Salam semua,


Apa fungsi minyak hitam?

Sedikit pengetahuan untuk Rider baru_Minyak hitam ialah minyak pelincir atau 4t oil yang fungsinya untuk menjaga sistem operasi enjin daripada mengalami masalah kekejangan atau kehausan komponen akibat geseran semasa enjin berputar

Penggunaan minyak hitam dapat melicinkan perjalanan mekanisma di dalam enjin seperti piston dan rod,clutch serta kotak gear.Minyak hitam akan masuk disetiap celah dan rongga didalam enjin untuk menstabilkan suhu dari panas lampau.Kerana itu minyak hitam perlu diisi pada sukatan yang betul.Dan juga perlu minyak hitam yang berkualiti untuk kelancaran dan penjagaan enjin ke tahap maksimum.



Kandungan minyak hitam

Minyak hitam berkualiti mempunyai sejenis pelarut yang dapat membinasakan sisa-sisa serta habuk-habuk besi yang berbahaya.kandungan bendasing di dalam enjin boleh merpercepatkan proses kehausan clutch,bearing,gigi-gigi gear juga piston dan selinder.Haus ialah sintom awal kerosakan enjin.

Pelincir yang dibuat berasaskan petroleum(Vaseline) mempunyai pelarut yang dapat melarut bahan seperti getah dan plastik.Getah dan plastik ini selalu dijadikan bahan dalam pembuatan clutch serta oil seal.Ini bermakna pelincir jenis ini bagus untuk menjaga clutch.
Pelincir yang berasaskan air pula lebih berkesan untuk melarut bahan kimia seperti kotoran.(sumber:wikipedia.)

Kegunaan minyak hitam


Minyak hitam adalah untuk kegunaan motosikal 4 lejang sepenuhnya_seperti Honda ex5,Lc135 atau Modenas kriss
Berlainan pula dengan motor 2 lejang seperti Yamaha rxz,125z atau Kawasaki RR yang menggunakan minyak 2t dan 4t sekaligus


Gambar berkaitan minyak hitam terbaik



Tips pilih minyak hitam

Ya,memang kita tahu minyak hitam sintetik
adalah terbaik tetapi harus diingat harga minyak ini diantara RM 40 sehingga beratus pun ada dipasaran
Tips bagi yang kurang berkemampuan anda boleh memilih 4t semi sintetik,ia amat bagus berbanding minyak hitam mineral
minyak hitam terbaik untuk motosikal cub ialah semi sintetik
yang bagus perfomanya lagi berpatutan pula harganya



 Castrol



Minyak hitam untuk motor



Mahu pakai yang mana satu untuk motor kerana bermacam pilihan adanya.Jawapan saya adalah hanyak berpandukan kod cair atau pekat minyak itu lebih utama.Jika pakai minyak single gred saya syorkan minyak hitam dengan lebal kod SAE30 dan multi gred ialah dengan angka 20w 40 atau kalau ada pilih 25w 40.Ini adalah minyak hitam paling sesuai diguna pakai pada motor cub bawah 250cc di negara ini.

Baca juga: pilincir multigred

Terbaru,pihak pengeluar motosikal seperti Yamaha,Honda telah siap sedia produk mereka sendiri bermakna tak susah lagi mahu buat pilihan,silakan ikut saja pengeluar Yamaha pakai minyak Yamaha dan Honda guna minyak hitam untuk Honda.

Minyak 4-stroke manual


Motor 4-stroke ini,keseluruhan kawasan dalam enjinnya dialirkan minyak kecuali di  kebuk pembakaran.Hal ini menyebabkan pemilihan minyak hitam agak cerewet kerana banyak komponen perlu dijaga.Setiap komponen pula tak sama kelikatan minyak yang diperlukan contohnya pada bahagian gear box mahukan minyak lebih pekat yang melekat pada gear dan minyak yang cair dapat melalui oil pump  dengan cepat ke bahagian head cylinder.Pada waktu suhu enjin sejuk minyak agak perlahan mengalir menunggu beberapa waktu untuk sampai ke head cylinder dan block seperti yang berlaku pada permulaan enjin.Kecepatan pelincir sampai boleh meminimumkan terjadinya kerosakan pada bahagian itu.

Satu ruangan enjin 4-stroke manual menggunakan satu botol minyak hitam saja jadi perlulah minyak yang serba guna untuk komponen berlainan.Jangan lupa juga minyak itu juga bagus pada permulaan enjin,semasa enjin operasi dan setelah dimatikan suis.


  • Clutch 
  • Gear box
  • Piston/block
  • Pump oil
  • Bearing



Melihat dan mengetahui Struktur enjin adalah kelebihan dalam menilai minyak hitam sebagai pelincir enjin yang paling sesuai.Kelebihan untuk mendapatkan lebih kuasa enjin tanpa korbankan ketahanan.

Sekarang ini setiap motor cub baru telah dilengkapi dengan enjin berprestasi tinggi,sudah tentu minyak hitam berprestasi tinggi juga diperlukan seperti minyak synthetic.Tapi waspada jika design enjin itu masih ketinggalan saya tidak syorkan guna pakai pelincir synthetic sebabnya minyak ini agak tajam dan halus.'makan minyak hitam' itu yang kita tak mahu kecuali pada motor 2-stroke.


Ok rider baru setelah faham fungsi minyak hitam sekarang bolehlah memilih minyak hitam yang mana sebagai pelincir terbaik untuk enjin motor.
Cakap pomen.",tukar minyak hitam sebulan sekali pasti motor tahan lama"..

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aslm bang, apakah minyak hitam yang disyorkan untuk honda ex5 dream? Saya pakai untuk perjalanan jarak dekat kurang dari 10km setiap hari. Sekarang pakai minyak Elf 15-50 botol biru, agak susah untuk start pagi.

Mad Malaysia berkata...

W'salam..

Motor Honda ex5 elok pakai minyak Honda atau lain-lain minyak semi sintetik seperti castrol atau pun shell..elok pakai 4t yang kod nombor belakang 30..baca ni..
http://www.baikimotor.com/2016/10/minyak-hitam-terbaik-api-jaso.html?m=1

Tanpa Nama berkata...

Long Distance atau kegunaan harian guna mineral jer... Kalau tak percaya cuba guna Semi atau Full Sintetik, buat perjalanan jauh dalam 4000-5000KM. Kompem minyak kering... Selamatkan duit poket anda yang berkepuk tu ye... Fikir sebelum membeli & bijak buat pilihan...

Mad Malaysia berkata...

Amboi jauh benor perjalananya..
Dah pastikan motor takde masalah sebabnya minyak hitam tak kering jika motor tak ada masalah..kalau pakai mineral tak kering pakai synthetic lagi la tak kering kerana ia lebih tahan panas..setahu saya la..apapun terima kasih share experience kepada kami..kita tunggu pendapat lain pula..

Mohd Riza Sitam berkata...

Salam... Saya hairan bila tiada satu pun komen orang yang mengatakan Yamalube itu bagus... Ini adalah kerana ramai yang syorkan minyak selain dari jenama Yamalube... Ada minyak ini tidak bagus? Boleh terangkan?

Mad Malaysia berkata...

Assalamualaikum,

Mengenai 4t yamalube saya fikir Yamaha lebih memahami kehendak enjin mereka sendiri..kalau nak pilih sendiri minyak hitam,pakai lain kita sendiri mesti tahu sedikit sebanyak perihal minyak hitam..kod kelikatan misalnya

steward wart berkata...

minyak petronas urania 800 SAE15W-40 API CF-4 boleh pkai untuk moto EX5 ker?

Mad Malaysia berkata...

Boleh..

Minyak hitam petronas best!

Khai Aerull berkata...

motul ok tak?

Marman berkata...

Motul pun best..world wide punya pelincir..

TaufiQe sHaH berkata...

Tumpang bertanya, minyak apa terbaik utk long distance LC135? Saya ulang-alik 30km waktu keje. Kadang2 hujung minggu pi seremban 90km.

Mad Malaysia berkata...

Yamaha sila pakai yamalube..kalau mahu pakai yang lain perlu faham kreteria minyak hitam itu..saya pun ada tulis dalam post terdahulu..:)

Aumieey Aumieey berkata...

Bos nk tnya mtor honda wave 110 mnyak hitam mna yg sesuai...

Orang minyak berkata...

Pakai minyak honda..