Air masuk kedalam karburator


Banjir

Cara atasi masalah karburator masuk air ketika banjir


Pada petang ini saat takde motosikal nak repair mari kupas cara atasi masalah karburator motor kerana  dimasuki air ketika musim banjir pada motosikal cub khasnya_masalah yang sering dihadapi pada motosikal ketika musim banjir,hujan lebat ialah motosikal sempot atau mati

Punca motor mati ketika banjir ada 2 perlu diketahui iaitu karburator masuk air atau berlaku pintasan elektrik



Karburator masuk air bermakna air masuk lalu bercampur dengan minyak.Ini akan mengakibatkan pembakaran jadi tidak sempurna
Kesan pembakaran tidak sempurna ialah motosikal jadi sempot(tersentak-sentak) langsung mematikan enjin.
Air boleh mengakibatkan berlaku pintasan elektrik pada motosikal.Kompenon yang mempunyai aliran elektrik pada motosikal tergolong dalam sistem nyalaan.Benda-benda seperti plug,koil plug,cdi dan wiring ini alah pada air.Walaubagaimanapun ia tidak terkesan pada kuantiti air yang kecil kecuali jika ditenggelami banjir atau air yang banyak


Karburator_cakap melayu atau carburetor(amerika),carburetor,
carburettor,carrburetter(komenwel)
ialah alat penggabung udara dan bahanapi untuk pembakaran dalaman enjin
Bermakna tiada campuran air disini ya geng..
Ia adalah jantung motosikal yang berada pada bahagian atas enjin atau lebih tepat di atas selinder head,walaupun kedudukannya diatas namun masih boleh membuatkan motosikal sempot atau terus mati saat meredah banjir,lopak air.kenapa ya?

Bagaimana air memasuki ke dalam karburator ketika banjir

Pada kebiasaan kita lihat ada dua atau tiga wayar getah pada karburator jenis biasa.Wayar atau paip getah ini disambung pada tiap-tiap lubang yang ada pada karburator.Anda boleh nampak dengan jelas pada takungan karburator iaitu di bahagian bawahnya selalu terdapat satu lubang buang minyak.Pada asalnya ia disalur melalui paip getah memanjang kebawah.
Yang kedua terdapat lubang yang berfungsi sebagai saluran udara pada kiri dan kanan kaburator.Paip saluran inilah yang harus diawasi kerana ialah punca utama.Jika silap pada bahagian ini Ia akan menyedut udara bersekali air masuk ke kaburator.Dan cara atasi anda perlu selit paip getah ini secara melintang bukan kebawah seperti paip buang minyak.Selit lebih tinggi dari paras yang boleh ditenggelami air.Ini bagi memastikan yang air tidak disedut masuk kedalam karburator motosikal anda disaat meredah banjir..

Cara elak hindar air masuk ke karburator 


Perkara yang boleh dilakukan untuk elak hindar supaya air tak masuk ke dalam karburator motosikal sedara dan sedari
Perhatikan dan ikuti langkah-langkah dibawah..


Gambar wayar kaburator 1

Kerana masalah wayar ini berada kebawah lalu mejadi saluran air masuk
Cara; perbetulkan kedudukan secara mendatar lurus dan selitkan kearah dalam bukan kebawah


Gambar wayar kaburator2

Gambar wayar kaburator 3


Cara buang minyak bercampur air dalam karburator
langkahnya hanya perlu sebatang pemutar skru jenis leper
Gambar screwdriver kecil


buka skru dibawah ini mengikut arah lawan jam beberapa saat memadai minyak yang bercampur air dalam takungan karburator habis keluar melalui wayar saluran bawah takung karburator
Gambar cara buang minyak kaburator1
Gambar cara buka skru Kotor kaburator


Setelah itu ,tutup skru semula ikut arah jam(jangan terlalu kuat ikatan)
Hidupkan enjin motor beberapa  minit dan matikan semulah,ulang langkah buang minyak kotor tadi
dan korang selesai

Cakap pomen; itulah teknik atasi masalah karburator motor ketika musim banjir dan juga teknik repair karburator motosikal akibat masuk air.  Langkah-langkah dan cara-cara ini adalah mudah untuk sesiapa sahaja boleh buat,
Teruskan belajar repair motosikal
Salam jumpa lagi-

5 ulasan:

Muhgin berkata...

Terima kasih atas tips ini. Tadi motor saya kena hujan, tak boleh start. Lepas cuba cara mcara macam dalam post ni motor saya pulih semula. Terima kasih lagi sekali.

Repair Motor berkata...

Alhamdulillah
Terima kasih kembali

comander n_danial berkata...

Sangat membantu.. Moto membe rosak haritu.. seb baik saya baca kat blog sini haritu..

Repair Motor berkata...

Moga manfaat..terima kasih

Unknown berkata...

Moto saya yamaha lc v2 5s...air masuk masa cuci moto...sy buang minyak ikut skru karburator tapi lps tu moto ok dah..boleh jln elok..tapi minyak masih menitik ikut skru tu..apa sy perlu buat