Cara tukar minyak pelincir motor untuk bukan mekanik



Takut tukar minyak pelincir motor sendiri?kerana apa harus ditakuti,kerana anda bukan seorang mekanik
ITU bukan alasan untuk menambah lagi Pengetahuan hidup

 Cuma ikut saja cara tukar minyak pelincir/hitam yang saya tunjuk di bawah ini senang dan mudah untuk difahami
Cara tukar minyak pelincir/hitam motor
Sediakan bahannya
1.minyak pelincir motosikal
2.sepanar pembuka skru penutup
   (Berbeza mengikut jenis motor)
3.bekas untuk takungan minyak

Tegakkan posisi motosikal anda
dengan guna tongkat tengah motor
Letak bekas takungan di bawah motor
Buka skru penyukat(tempat masuk minyak) dahulu supaya udara masuk bagi mudah minyak keluar

Seterusnya
Skru buang minyak


Buka (arah lawan jam)skru(bawah) buang minyak pelincir
dengan sepanar yang di sediakan
Biar selama beberapa minit sampai minyak keluar semuanya
Tendang penyetat kaki beberapa Kali untuk keluarkan baki minyak pelincir lama
Cara masuk minyak pelincir baru

Setelah selesai buang minyak yang lama bolehlah bersedia untuk masukkan minyak pelincir motor yang baru
Langkahnya
1.periksa "sealing washers" atau
   Tukar yang baru jika rosak
2.setelah itu pasang(ikut jam)skru
   buang minyak pelincir
Ikat skru guna tangan terlebih dahulu

   -gunakan tangan terlebih dahulu
    Supaya kita dapat rasa skru
    Masuk dengan betul tidak senget
    (Masuk dengan lurus)
    -rapatkan skru guna tangan
      Seboleh mungkin,kemudian
     baru guna sepanar pengetat
     Skru
 Semua teknik ini membantu elak dari masalah skru rosak(benang skru rosak)
*jangan ikat /ketatkan skru terlalu kuat
Panduan


3.tuang minyak pelincir mengikut kadar yang ditetapkan
-kurang 1 liter bagi kebanyakkan motosikal berkapasiti 250 kebawah
-tuang gunakan corong minyak
4.ketatkan atau tutup penutup atas (tempat tuang)minyak pelincir
5.hidupkan enjin 2 minit kemudian matikan enjin
-buka penutup untuk periksa keselarasan minyak
-jika kurang tambahkan lagi
6.anda sudah selesai tukar minyak pelincir motor anda dengan cara mudah ini



Video cara tukar minyak hitam motor Yamaha Lc 135






-selamat mencuba-
-semoga jumpa lagi dalam artikel akan datang,terima kasih->

8 ulasan:

jiya berkata...

Terbaik bro, membantu gila bagi aku yg perempuan ni tak tau apa². Jelas arahan kau.

Marman berkata...

terima kasih sis..dah try ka?

satu lagi perkara saya lupa letak
Spanar tu pakai jenis sockets jangan guna spanar biasa sebab skru minyak hitam cepat lus..

Johan Bakat berkata...

Saiz spanar utk skru buang minyak EX5 ? Dan bermacam jenis spark plugs..yg mna sesuai.

Taufiq Ahseng berkata...

Pomen kedai tuang minyak hitam sampai habis,nak keluarkan balik ke? Atau biar je?

Unknown berkata...

Rs150 bapa liter sepatutnya 4t?

Unknown berkata...

Tq boss skrg dh pandai tukar sendiri

Ismat Wazini berkata...

Kalau termasuk 2 liter macam mana? Baru belajar...

Unknown berkata...

Rs150 kalau ikut buku panduan 1.1 liter. Tapi lepas isi 1.1 liter, bila sukat kt dipstik masih di paras minimum. Mcm tk cukup. Kalau tambah lagi bagi naik paras maksimum mungkin dh lebih minyak. Teman pun tk faham mcm mana ukuran kt dipstik dengan buku panduan jauh berbeza.