Cara tukar minyak pelincir motor cub buatan Japan seperti Yamaha,Kawasaki,Honda,Suzuki
Takut tukar minyak pelincir/hitam motor sendiri? kerana apa harus ditakuti, kerana anda bukan seorang mekanik. ITU bukan alasan untuk menambah lagi Pengetahuan hidup. Cuma ikut saja cara tukar minyak pelincir motor yang saya tunjuk di bawah ini senang dan mudah untuk difahami
Bahan-bahan diperlukan untuk tukar minyak pelincir motor
Sediakan bahannya
1.minyak pelincir motosikal
2.sepanar pembuka skru penutup
(Berbeza mengikut jenis motor)
3.bekas untuk takungan minyak
Tegakkan posisi motosikal anda
dengan guna tongkat tengah motor
Letak bekas takungan di bawah motor
Buka skru penyukat(tempat masuk minyak) dahulu supaya udara masuk bagi mudah minyak keluar
Seterusnya
![]() |
Skru buang minyak |
Perhatian! Arah buka skru minyak pelincir
Buka (arah lawan jam)skru(bawah) buang minyak pelincir
dengan sepana yang di sediakan
Biar selama beberapa minit sampai minyak keluar semuanya
Tendang penyetat kaki beberapa Kali untuk keluarkan baki minyak pelincir lama.
(Update 2018)saya mendapat aduan beberapa kes skru buang pelincir/skru bawah tak dapat buka dan ada pula jadi rosak atau lus kerana salah arah buka skru itu.
Disini saya terangkan lebih jelas sikit harap ambil perhatian ya kerana ini penting dan boleh melibatkan masalah besar.
Arah mana buka skru
Bila nak tukar minyak perlincir motor kita kena tahu macamna nak buka skru dia.
Arah buka skru bawah minyak pelincir bagi motor-motor Cub (bawah 250cc) seperti Honda ex5,Yamaha Lc135,Suzuki Smash 110 atau Kawasaki KR 150 semuanya dibuka arah lawan jam.Jawabnya LAWAN JAM! Skru ini ikut arah normal(Japan) tapi oleh kerana KEDUDUKAN IA DIBAWAH kita berperasan ia mengikuti arah jam.Sebagai untuk pastikan ia benar sekarang anda bayangkan anda lihat dari bawah enjin..arah jam atau ikut jam??
Kalau sukar lagi untuk fahami itu ikuti tips ini saja semasa buang minyak hitam. (Kalau skru dibawah)
Posisi anda ketika menukar perlincir
- Posisi anda ialah duduk di sebelah kiri motor (sebelah gear,rantai spoket)
- Pegang sepana itu dan tolak ke arah ekzos
- Atau kalau anda lebih selesa duduk disebelah ekzos; Tarik sepana ke arah anda untuk buang minyak.
Harap ini jelas bagi semua dan tak ada lagi ada yang keliru bagi hal ini.Ok lanjutkan tutorial kita…
Cara masuk minyak pelincir baru
Setelah selesai buang minyak yang lama bolehlah bersedia untuk masukkan minyak pelincir motor yang baru
Langkahnya
1.periksa “sealing washers” atau
Tukar yang baru jika rosak
2.setelah itu pasang(ikut jam)skru
buang minyak pelincir
![]() |
Ikat skru guna tangan terlebih dahulu |
- gunakan tangan terlebih dahulu
Supaya kita dapat rasa skru - Masuk dengan betul tidak senget
(Masuk dengan lurus) - rapatkan skru guna tangan
Seboleh mungkin, - kemudian
baru guna sepanar pengetat
Skru
Semua teknik ini membantu elak dari masalah skru rosak(benang skru rosak)
*jangan ikat /ketatkan skru terlalu kuat
![]() |
Panduan |
3.tuang minyak pelincir mengikut kadar yang ditetapkan
-kurang 1 liter bagi kebanyakkan motosikal berkapasiti 250 kebawah
-tuang gunakan corong minyak
4.ketatkan atau tutup penutup atas (tempat tuang)minyak pelincir
5.hidupkan enjin 2 minit kemudian matikan enjin
-buka penutup untuk periksa keselarasan minyak
-jika kurang tambahkan lagi
6.anda sudah selesai tukar minyak pelincir motor anda dengan cara mudah ini
Video cara tukar minyak hitam motor Yamaha Lc 135
-selamat mencuba-
-semoga jumpa lagi dalam artikel akan datang,terima kasih->
Terbaik bro, membantu gila bagi aku yg perempuan ni tak tau apa². Jelas arahan kau.
terima kasih sis..dah try ka?
satu lagi perkara saya lupa letak
Spanar tu pakai jenis sockets jangan guna spanar biasa sebab skru minyak hitam cepat lus..
Saiz spanar utk skru buang minyak EX5 ? Dan bermacam jenis spark plugs..yg mna sesuai.
Pomen kedai tuang minyak hitam sampai habis,nak keluarkan balik ke? Atau biar je?
Rs150 bapa liter sepatutnya 4t?