Halaman

Belajar asas mekanik motosikal Online

Selamat datang

Selamat datang ke blog peribadi saya khusus untuk anda  yang minat belajar mekanik motosikal,belajar asas  mekanik secara online.

Ternyata belajar secara praktikal dan secara langsung/kursus mekanik adalah lebih berkesan tapi tidak ada salahnya jika anda  mahu tambahan tutorial melalui bacaan bahkan akan menajamkan lagi skil yang sedia ada.

Baikimotor.com bersedia memberikan tunjuk ajar kepada anda  yang berstatus mekanik pemula atau beginner melalui setiap post yang saya terbitkan dengan tajuk pembelajaran asas mekanik motosikal dan tajuk lain adalah ditujukan untuk pengguna motosikal biasa.

Gambar  motosikal



Skil mekanik


Setiap mekanik atau 'pomen' mempunyai skil yang berbeza hasil dari pengalaman kerja bengkel mereka jadi adalah satu keuntungan untuk anda  yang baru mahu bermula dalam bidang mekanik ini mengumpul seberapa banyak skil mekanik yang boleh dari berbagai sumber dan disatukan di dalam 'poket' anda.

Saya tak nyatakan saya disini adalah bagus tapi saya boleh lah ajar anda sampai boleh buat Overhaul sebiji enjin motosikal Honda ex5 kalau anda mahu terus bersama baikimotor.com


Hobi baiki motosikal sendiri


Tidak semestinya belajar baiki motosikal adalah untuk menjadi seorang mekanik, mungkin juga sesuai untuk anda yang sekadar mempunyai hobi baiki motosikal sendiri.

Pada hujung minggu atau pada waktu lapang dengan membuat kerja mekanik pasti seronok bagi yang minat tapi adalah malang jika bertukar menjadi serabut jika hasil kerja gagal.

Sekarang ini tak usah khuatir mungkin asas panduan baiki motosikal rosak itu boleh di pelajari disini.Untuk mendapat lagi resepi sila lah jadi follower Cakap Pomen Motor.


Video Tutorial


Belajar secara online adalah lebih mudah jika bersama panduan video tutorial,oleh itu saya turut membina sebuah channel YouTube untuk support pembelajaran disini.

subscribe channel Motor Ayam



MarmanWorkshop online


Marmanworkshop adalah nama bengkel saya yang sah berlokasi semasa di ;

Seberang Takir,Kuala Terengganu,
Malaysia.


Gambar lokasi MarmanWorkshop


Membuat kerja-kerja baiki motosikal, mengecat motosikal juga menjual sparepart motosikal secara kecil-kecilan.

MarmanWorkshop online di Facebook sebagai tempat menjual sparepart atau alatan mekanik motor seperti spanar-spanar yang anda beli terus kepada saya.

Kepada sesiapa yang berdekatan,mahu repair motosikal boleh terus datang ke MarmanWorkshop. Di alu-alukan!


Lawat MarmanWorkshop di Facebook 

Akhir kata


Motif tulisan ini disampaikan adalah sebagai teks mengalukan kedatangan anda ke blog saya iaitu tempat untuk belajar mekanik motosikal secara online (bacaan).

Tak sedap baca? Harap maaf tulisan dari seorang mekanik motosikal biasa yang tak pandai berkata-kata tapi harap difahami.. :)

Ok,jangan lupa support saya,beli barang atau repair di MarmanWorkshop. -TERIMA KASIH-