Mekanik

Selamat datang ke blog peribadi saya khusus untuk anda  yang minat belajar mekanik motosikal,belajar asas  mekanik secara online.Belajar asas mekanik motor dari mula melalui pemahaman mudah..terus ke sini untuk bermula..

Punca lampu depan motor tak menyala

Gambar lampu depan motor ex5

Belajar Mekanik motor bab 10- punca lampu depan tak menyala



Sebelum ini saya ada ulas sikit tentang cara tukar mentol lampu besar motor ex5,hari ini anda akan pelajari lebih lanjut pada bab wiring motor ini iaitu cara atasi masalah mentol lampu depan tak menyala walaupun sudah tukar mentol tapi tetap tak mahu hidup.

Sebelum kita teruskan pelajaran mekanik motor kita kali ini,diharap anda sudah pun tahu bab asas wiring yang telah saya terbitkan,lanjutan hal membabitkan cara kerja wiring untuk lampu (bukan nyalaan enjin) adalah seperti yang saya gambarkan di bawah;

Gambar cara kerja wiring lampu


Penjelasan: lampu coil dalam magnet adalah permulaan segalanya untuk nyalaan lampu,selepas enjin dihidupkan   api (elektrik) akan dialihkan kepada Rectifier untuk diseimbangkan volt-nya agar tidak terlalu besar yang boleh mengakibatkan mentol 'bakar'.Kemudian hasilnya cukup untuk membuat mentol 12v menyala dengan terang tanpa terbakar.

Soket lampu rosak


Gambar soket lampu motor


Pertama sekali lepas mentol tak menyala kita pergi ke soket lampu.Biasanya penyebab mentol tak menyala ialah pada bahagian soket ini berkemungkinan ada wayar putus,karat pada tapak mentol atau mungkin pada bahagian sambungan wayar soket ke wayar utama tercabut.

Normalnya pada motor ex5 atau motor cub lain ada 3 wayar pada soket.2 wayar hidup untuk lampu tinggi dan bawah dan satu lagi ialah wayar bumi (-).

Cara buat uji cuba current


Jadi untuk soket lampu yang tak ada masalah pasti ada 'current' jika kita membuat uji cuba pada soket itu.Cara buat uji cuba samada soket tu boleh guna atau tak adalah mudah saja,kita boleh gunakan 2 kaedah;


  • Kaedah 'kuno'
  • Guna Multimeter


Saya bagi contoh kaedah kuno yang selalu saya buat atau bagi kebanyakan mekanik motor yang lain ialah;


  • Hidupkan enjin
  • 1 urat wayar untuk 'taster'


'Shot' kan wayar hidup pada wayar bumi/body motor dengan menggunakan seurat wayar tadi.Jika 'spark' terhasil bermakna soket masih berada dalam keadaan baik,jika tidak perlulah menukar kepada socket baru.

Malangnya jika uji cuba yang kita buat tidak menunjukkan hasil positif,lampu tidak menyala jadi langkah selanjutnya diperlukan.Kita akan pergi ke bahagian lebih bawah pula switch handle selepas ini.sekian.



2018 Kawasaki ninja Zx-10se,motor semangat juara

Gambar 2018 Kawasaki ninja  Zx-10

Model baru ini adalah hasil semangat kejayaan Kawasaki di persada lumba motor Superbike tersohor dunia-WSBK pada tahun lalu.Jonathan Rea selaku juara 2017 menjalankan tugasnya dengan baik sekali untuk terus mengekalkan  Kawasaki sebagai Raja Superbike dunia.

ZX-10RSE 2018 kini dihadiahkan kepada bakal pembelinya dengan pelbagai ciri teknologi perlumbaan terkini yang menjadi rahsia pasukan Kawasaki dapat meninggalkan pesaingnya jauh kebelakang di litar lumba.

Gambar Jonathan Rea dengan Kawasaki ninja

Kawasaki ninja ZX-10RSE 2018



Sungguh tidak adil,dicemburui jika sebuah Superbike jalanan mempunyai kelengkapan setara dengan sebuah mesin litar lumba kini boleh dinikmati oleh pengguna biasa,tapi itulah Kawasaki sentiasa memberi kepuasan kepada pengguna.


Gambar ciri zx10


Ciri teknologi yang dijanjikan oleh Kawasaki pada motor  ZX10 baru ini;


Electronic Rider Aids

Kawasaki Launch Control Mode (KLCM), Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System (KIBS), Kawasaki Sport Traction Control (S-KTRC), Kawasaki Engine Braking Control, Kawasaki Quick Shifter (KQS) (upshift & downshift), Kawasaki Corner Management Function (KCMF)



Spesifikasi Ninja ZX-10RSE
Enjin 4 Stroke,4 cylinder,Dohc,4-Valve
sistem penyejuk liquid-cooled
Gerek×lejang 76.0x55.0mm
nisbah mampatan 13.0:1
Transmisi 6-speed,return shift
sistem bahanapi DFi with 47mm Mikuni throttle bodies (4) with oval sub-throttle,2 injectors per cylinder
Saspensi depan 43mm inverted balance free fork,KECS controlled Compression and rebound damping,manual spring preload adjustability 14.7 in
Saspensi belakang Horizontal back-link with balance free gas-charged shork,controlled compression and rebound damping,manually adjustable spring preload 14.5 in
Isi tangki 4.5 galon
Tayar depan 120/70zr17
Tayar belakang 190/55zr17
Pengeluar Kawasaki

Penambahan lain:

Rim aloi bertempa 7-jejari Marchesini yang ringan dan bertegaran tinggi.

Gambar motor Kawasaki ninja zx10 se



Kawasaki ZX-10RSE 2018 adalah semangat seorang juara yang akan mendampingi anda untuk menundukkan pesaing lain dengan penuh 'respect' kepada 'mesin hijau' yang bakal menjadi milik anda ini,seperti kata Jonathan Rea " It’s easy to do when you’ve got a good bike and you’re winning.”


2018 NINJA H2 motor jalan jauh dari Kawasaki


Gambar Kawasaki ninja H2

Kawasaki ninja H2 sx se 2018



Sebuah lagi kemunculan motosikal baru yang berkuasa dalam Sport Touring daripada Kawasaki yang di pamerkan di Pemeran Motosikal antarabangsa EICMA di Milan pada awal November lalu.Ninja H2 sx dan H2 se suatu pembaikan model terdahulu  H2R.Kawasaki masih setia menggunakan teknologi Supercharge ke atas motor baru 2018 mereka ini namun dengan sedikit talaan semula juga pengubahsuian pada bahagian tertentu seperti kebuk pembakaran,Camshaft,
injap masuk dan injap keluar.

Gambar Ninja H2 2018



Kawasaki ninja H2 baru ini agak kurang berkuasa dari raksaksa H2R dengan penurunan 100  menjadi 200 kuasa kuda,terpaksa dikorbankan untuk menjadikan mesin 2018 ini lebih mesra penunggang dan nyaman untuk perjalan jauh.20psi boost Supercharged menjadikan kuasa H2 se/sx ini lebih linear,jimat bahan api lebih jauh jarak isian semula tangki yang boleh memuatkan petrol sebanyak 5 galon.



Spesifikasi Kawasaki Ninja H2 sx se
Enjin 4 lejang,4 selinder,Dohc,4 valve,Supercharged
sistem penyejuk penyejuk cecair
Gerek×lejang 79.0x55.0mm
nisbah mampatan 11.2:1
Transmisi 6-kelajuan pusing balik
sistem bahanapi DFi 40mm throttle bodies(4) dual Fi,digital
Saspensi depan 43mm inverted fork
Saspensi belakang New Uni-Trak,spring boleh laras
Isi tangki 5.0 galon
Tayar depan 120/70zr17 (58w)
Tayar belakang 190/55zr17 (75w)
Pengeluar Kawasaki

Gambar 2018 Kawasaki ninja H2





Kurang kuasa bukan bermakna boleh dikurangkan nilai sistem keselamatan,H2 sx/se ini dipadankan dengan 2 brek disc 320mm KIBS ABS dibahagian depan dan pada roda belakang menggunakan 1 piring disc 250mm bersistem KIBS ABS.
Tidak cukup dengan Itu Kawasaki menawarkan beberapa pakej dari segi  kawalan pengendalian elektonik;

  • Kawasaki Corner Management Function (KCMF)
  • Kawasaki Traction Control (KTRC)
  • Kawasaki Launch Control Mode (KLCM)
  • Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System (KIBS)
  • Kawasaki Engine Brake Control
  • Kawasaki Quick Shifter (KQS) (upshift & downshift)
  • Öhlins Electronic Steering Damper, Cruise Control, LED Corning Lights



Sebagai Super Touring,kotak barang adalah tidak asing baginya dan pada H2 kelihatan amat rapi rekaannya juga sepadan.2 kotak disebelah sisi ninja H2 bukan bererti ia tidak boleh mengekori Superbike seperti saudara kembarnya Ninja Zx-10r..jika anda berani..aah tak usah di cerita lihat saja video di atas.

Akhir sekali,sudahkah anda bersedia untuk memiliki Ninja H2 terbaru 2018 ini? Jika sudah bolehlah dicuba lihat lebih dekat lagi dengan motosikal hebat dari Kawasaki ini di laman web rasmi mereka-